DAIA HIJAB ALL DAY FRESHNESS FORMULASI TERKINI BUAT WANTA BERHIJAB

Perasan tak? Sekarang ni cuaca panas keterlaluan. Bagi wanita yang berhijab, sedikit sebanyak cuaca panas sekarang pastinya sedikit mengganggu terutamanya dibahagian kepala kerana ia meningkatkan tahap kelembapan rambut yang kemudiannya menyebabkan hijab dipenuhi dengan kesan peluh. 



Aku sendiri misalnya, jika keluar rumah seharian pasti kadang-kadang ragu kalau-kalau bau peluh akan mengganggu hari aku. Mujurlah baru-baru ini aku diperkenalkan dengan Daia Hijab All Day Freshness. 


Daia Hijab All Day Freshness Formulasi Terkini Buat Wanita Berhijab


Prihatin kepada semua wanita berhijab dalam cuaca panas terik sekarang, Daia telah memperkenalkan Daia Hijab All Day Freshness formulasi terkini buat wanita berhijab. Daia Hijab All Day Freshness merupakan satu penyelesaian inovatif yang menghapuskan semua bau peluh ketika dicuci dan meneutralkan bau ketika dipakai dan memberikan kesegaran sepanjang hari.


Baru-baru ini aku berkesempatan menghadiri majlis pelancaran Daia Hijab All Day Freshness yang bertempat di pusat beli-belah Alamanda Putrajaya. Majlis yang diadakan meriah tersebut turut dihadiri Duta Jenama rangkaian produk Daia iaitu Lisa Surihani.


Di dalam majlis tersebut, Jurucakap Gentle Supreme Sdn.Bhd, Eliza Yanti berkata 
Cuaca panas di Malaysia menyukarkan pemakaian hijab. Apabila kita berpeluh, bakteria daripada peluh akan terperangkap pada pakaian kita dan menyebabkan bau busuk. Saya dengan sukacitanya memperkenalkan Daia Hijab All Day Freshness, yang dirumus dengan formulasi terkini, memberikan Kawalan Bau Peluh berprestasi tinggi yang dapat menghilangkan semua bau ketika dicuci dan meneutralkan bau ketika dipakai, menjadikan pakaian lebih bersih dan kekal segar sepanjang hari. Harumannya yang segar dan kekal lama membantu mencegah bau yang tidak menyenangkan, supaya anda dapat kekal aktif dan segar sepanjang hari.


Tambahnya lagi ;

Sebagai jenama  terkemuka di kalangan jenama pencuci pakaian premium berstandard tertinggi, kami komited untuk sentiasa memberi penyelesaian berinovasi yang memenuhi keperluan pengguna kami. Dengan mengembangkan portfolio pencuci pakaian kami, kami dapat menembusi kategori pencuci pakaian khusus untuk hijab kerana kami menyedari adanya peningkatan permintaan untuk pencuci pakaian yang dirumus khas untuk memberikan kesegaran sepanjang hari kepada pemakai hijab dan keluarga mereka.


Buat pengetahuan, Daia Hijab All Day Freshness  telah diformulasikan dengan formula terkini dengan Teknologi Smart Ion dan Kawalan Bau Peluh yang memberikan prestasi standard tertinggi cucian kerana ia mampu membasmi 99.99 bakteria, menanggalkan kotoran degil, dan menghapuskan semua bau peluh ketika dicuci serta meneutralkan bau ketika dipakai, menjadikan pakaian bersih dan kekal segar sepanjang hari. 


Daia Hijab All Day Freshness ini boleh didapati dalam bentuk serbuk dan cecair yang mana kedua-duanya lembut di tangan dan sesuai untuk pengeringan dalam rumah.


Menurut Lisa Surihani selaku Duta Jenama rangkaian produk Daia 

Dengan adanya pencuci pakaian yang sesuai untuk anda dan keperluan keluarga anda pasti akan memudahkan kerja mencuci pakaian. Inilah kelebihan Daia Hijab All Day Freshness, Ia membolehkan anda menggunakan satu produk untuk mencuci hijab dan pakaian keluarga anda, menjadikan ia serbaguna dan pilihan yang praktikal. dengan menggunakan Daia Hijab All Day Freshness, saya pasti percayakan bukan sahaja hijab saya, tetapi semua pakaian keluarga saya turut mendapat cucian dan kesegaran berkualiti tinggi. Jadi, saya tidak perlu membeli pencuci pakaian yang berasingan atau bimbang mengenai tahap kebersihana atau wangian yang berbeza bagi setiap jenis pakaian yang dicuci. Kepada semua pengguna yang bercadang menggunakan Daia sebagai pencuci pakaian pilihan mereka, saya syorkan kepada mereka agar segera bertukar kepada Daia. Percayalah kepada reputasi dan rekod cemerlang jenama ini.


Selain berkongsi pengalaman menggunakan Daia Hijab All Day Freshness, beliau turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan peminat.



Bagi yang berminat, Cecair Pencuci Pakaian Daia Smart Hijab All Day Freshness dijual pada harga pasaran yang disyorkan RM26.90 untuk sebotol 3.8kg, manakala pek isian semula 1.7kg dijual pada harga RM11.90. Serbuk Pencuci  Pakaian Daia Hijab All Day Freshness dijual pada harga pasaran yang disyorkan RM5.95, RM15.90 dan RM25.50 masing-masing untuk 750g, 2.3kg dan 3.8kg. Produk ini boleh dibeli di semua pasar raya terkemuka di seluruh negara.


Post a Comment

0 Comments