DANGAU2BY2 FOOD STATION HASIL USAHA ANGGOTA KUMPULAN 2BY2

Jika anda penggemar lagu-lagu tahun 90-an anda pasti pernah mendengar nama kumpulan 2by2 yang pernah popular dengan lagu 'Mawarku'.



Nama kumpulan ini mula menjadi perhatian pada tahun 1996 apabila merakamkan semula lagu lama, Mawarku secara berduet dengan penyanyi tersohor tanahair Dato’ Siti Nurhaliza yang juga merupakan pendatang baru dalam dunia muzik Malaysia ketika itu. Lagu Mawarku pernah mendaki tangga carta teratas di stesen-stesen radio tanahair pada waktu itu.

Album pertama mereka yang memuatkan lagu tersebut mendapat sambutan di luar jangkaan sehingga mencatatkan jualan melebihi 150,000 unit di pasaran. Album kedua mereka yang berjudul Pak Pung Pak Mustape juga mencapai kejayaan dengan jualan sebanyak 80,000 unit.


Lama menyepi dalam dunia seni tanahair, 2by2 kini mengorak langkah dalam dunia perniagaan apabila Zul, Man dan Faizal mula membuka sebuah food station yang diberi nama Dangau2by2 di Kampung Melayu Subang sejak bulan puasa yang lalu.




Dirasmikan pada 3 June 2023 baru-baru ini, Dangau2by2 yang mempunyai 13 buah gerai yang beroperasi sehingga kini mula beroperasi sejak bulan Ramadan. Berkonsepkan 'foodcourt', Dangau2by2 menyediakan tempat makan yang selesa bertema seakan sebuah perkampungan dengan pilihan pondok beratap nipah dan duduk bersila dan juga pilihan meja dan kerusi bagi mereka yang ingin bersantai bersama keluarga dan rakan taulan.




Antara menu yang dihidangkan di sini adalah sate, roti john, bihun sup, nasi ulam ikan bakar, goreng-gorengan dan banyak lagi. Pendek kata segalanya ada di Dangau2by2 food station bagi memenuhi keperluan selera pelanggan.




Tidak hanya menyediakan hidangan makanan, Dangau2by2 turut menganjurkan pertandingan karaoke bagi pelanggan yang berkunjung di sini. Menurut Zul, medan selera itu juga digunakan sebagai pentas untuk mencungkil bakat baharu yang lebih segar.


Dengan pengalaman yang saya miliki, saya mahu berkongsi peluang dengan mereka yang berbakat untuk mencuba nasib dalam bidang seni,

 katanya.


Dia berkata, pada acara karaoke yang diadakan sempena sambutan Hari Raya lalu, seramai 80 orang mencuba nasib di mana 14 daripadanya layak ke pentas akhir.


Bagi yang ingin merasai sendiri masakan yang ada di Dangau2by2 Food Station ini, anda boleh la ke Dangau2by2 yang beralamat di ;

Pt 50931, Jalan Resak, Kampung Melayu Subang, 40100 Shah Alam, Selangor

Dangau2by2 Food Station ini beroperasi setiap hari bermula 6.30 petang hingga 12 tengah malam. Ruangan parkir turut disediakan di sini selain kemudahan lain seperti tandas dan surau.

@bebelancikmin Ingat lagi tak lagu Kau Mawar Ku yang famous sgt dulu? Ala nyanyian 2by2 dengan Tok Ti tu.. Ha skrg diaorang dah buka 1 food station yg diberi nama Dangau2by2. Kat sini macam-macam makanan dijual antaranya sate, bihun sup, ikan bakar dan banyak lg. Sape yg nak pergi boleh la search alamat ; Dangau2by2 Pt 50931, Jalan Resak, Kampung Melayu Subang, 40100 Shah Alam, Selangor #fypmalaysia #tiktokmalaysia #jelajahmakan #lifestyle #kedaimakanviral #makanlokal #dangau2by2foodstation #dangau2by2 #info #bebelancikmin ♬ Mawarku - 2 BY 2 & Siti Nurhaliza

Post a Comment

0 Comments