Hasilkan 30 Perisa Sirap Rasa Lokal, BARIISTAR Perluaskan Empayar Ke Indonesia Dan Vietnam

Khamis (22 Jun 2023) yang lepas aku berkesempatan untuk menghadiri MARA Brew '23 sebuah program untuk memperkenalkan dan mempromosi pengusaha kopi dalam industri makanan dan minuman (F&B) anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang bertempat di Medan MARA, Kuala Lumpur




Dalam program tersebut,sebanyak 10 vendor kopi menyertai program yang dijalankan selama empat hari bermula 22 hingga 25 Jun 2023. Salah satu vendor kopi yang menyertai program MARA Brew'23 adalah Bariistar yang dibangunkan oleh anak muda tempatan iaitu Dr. Shahir Suhaimi.




Pengasas Bariistar, Dr Shahir Suhaimi, 35, berkata, pihaknya telah menjalin kerjasama dengan beberapa buah syarikat dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Vietnam.


Kerjasama yang dijalinkan ini diharap dapat mengukuhkan hubungan ekonomi terutama bagi perniagaan berskala sederhana.

Selaku jenama pengeluar pati sirap, saya mensasarkan untuk menjadi pengeluar pertama bumiputera dengan memfokuskan rasa tempatan seperti onde-onde, durian, tembikai, kelapa, nenas, ros dan berbagai-bagai lagi.



Bariistar berkembang dengan bantuan MARA yang diberi dalam bentuk geran, pembiayaan dan bantuan kilang bagi melancarkan lagi perniagaan ini.

Jadi sudah sampai masanya, untuk lebih berkembang maju, saya perlu pandang ke hadapan dengan mengangkat jenama ini ke seluruh Asia, apatah lagi budaya meminum kopi lebih tinggi terutama di Indonesia dan Vietnam,

 katanya.


Tambahnya, dalam masa setahun, Bariistar telah berjaya mencapai target jualan sebanyak RM1 juta dan sasaran pada 2024 pula melebihi RM5 juta sementelah melihat trend peningkatan permintaan di seluruh negara.


Bariistar diedarkan ke kafe kopi dan kedai-kedai bahan makanan dengan harga berpatutan.

Ia disediakan dalam botol bersaiz besar dan menjimatkan, sesuai untuk usahawan yang menjual kopi.

Tidak ketinggalan, Bariistar juga terdapat dalam botol kecil untuk kegunaan persendirian di rumah,

 ujarnya.


Tahniah diucapkan kepada Bariistar yang kini telah memperluaskan empayarnya hingga ke Indonesia dan Vietnam.


Sementara itu, Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi berkata, program tersebut adalah platform bagi menarik lebih ramai usahawan bumiputera, terutamanya belia untuk menceburi perniagaan yang mempunyai ramai peminat.


Hasrat itu juga sejajar dengan ikutan dan permintaan kebanyakan warga kota masa kini yang menjadikan minuman berkenaan sebagai sebahagian daripada gaya hidup.


Kita perlu mengambil trend itu sebagai peluang yang boleh memberi impak kepada ekonomi negara termasuk membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat,

 katanya.


Post a Comment

1 Comments

  1. selalu minum caramel, vanila je...tak sangka boleh ada 30 jenis sirap yg berbeza! ada Onde-onde bagai fuhhh~

    ReplyDelete