HOTEL REVIEW | PENGINAPAN SELESA, MAKANAN ENAK DI HOTEL ARMADA PETALING JAYA

Sesiapa yang menggunakan laluan Federal Highway dari Shah Alam menuju ke Kuala Lumpur atau sebaliknya pasti akan ternampak sebuah hotel yang tersergam gah di tepi highway. 


Hotel yang aku maksudkan adalah Hotel Armada Petaling Jaya yang terletak dilaluan stategik berdekatan dengan LRT Asia Jaya, Petaling Jaya.


Hotel ini telah dibangunkan sejak tahun 1997 dan antara hotel lama yang masih gah di Lembah Klang. Bertaraf 4 bintang, Hotel Armada Petaling Jaya menyediakan 257 bilik penginapan dengan 5 jenis kategori bilik iaitu ;

JENIS BILIK

KELUASAN

DELUXE

29 – 35 m² ( 312 – 376 sq. ft ) | Floors 5 – 20

GRAND DELUXE

37 m² ( 398 sq. ft ) | Floors 5 – 20

FAMILY DELUXE

36 m² ( 387 sq. ft ) | Floors 5 – 20

PREMIER DELUXE

29 – 35 m² ( 312 – 376 sq. ft ) | Floors 21 – 24

ADMIRAL SUITE

59 m² ( 632 sq. ft ) Floor 24


Walaupun sejak tahun bertahun lamanya aku bermastautin di Lembah Klang ni, tak pernah sekali pun aku berkesempatan untuk menginap di Hotel armada Petaling Jaya ini. Namun pada minggu lepas aku mengambil keputusan untuk mencuba menginap di hotel legend ini dan ternyata ianya amat berbaloi.


Bilik yang aku pilih adalah jenis Deluxe dengan katil berkembar. Dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas sepertimana lazimnya hotel-hotel lain seperti pengering rambut, seterika, papan seterika, peti sejuk, peti keselamatan dan lain-lain lagi.


Apa yang paling aku suka mengenai bilik di Hotel Armada Petaling Jaya ini adalah walaupun ianya sebuah hotel lama namun diselenggarakan dengan baik dan bilik kelihatan baru, memang tidak terasa seperti berada di sebuah bangunan hotel yang lama.

Makanan Enak Di Hotel Armada Petaling Jaya


Mengambil kesempatan ketika menginap di Hotel Armada Petaling Jaya, aku turut mencuba segala hidangan yang disediakan di hotel ini. Antara yang aku cuba adalah ;

1. Hot Pot Extravaganza

Jarang-jarang ada hidangan hot pot di hotel tapi di sini mereka menyediakan Hot Pot pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 6 petang hingga 9 malam. Apa yang paling menarik adalah harganya sangat berpatutan dan harga adalah mengikut pilihan set.

Harga bermula dari RM36+ dan anda boleh menikmati 4 jenis sup yang dihidangkan iaitu ;
  • Sup Vege
  • Sup Ayam
  • Tomyam
  • Mala
Manakala untuk pilihan set pula anda boleh memilih untuk menikmati set ;

  • Set Vege (RM36+)
  • Set Ayam (RM40+)
  • Set Daging (RM58+)
  • Set Seafood (RM68+)

Apa yang boleh aku kongsikan , hot pot di sini sangat enak terutama kuah tomyam dan malanya. Aku jarang jumpa sup hot pot yang sesedap ini dan secara jujurnya aku masih terkenang-kenangkan rasanya hingga saat aku menulis artikel ini.


Jika anda peminat hot pot, Hotel Armada Petaling Jaya adalah port yang aku sangat-sangat cadangkan! Berani aku katakan bahawa hot pot di sini antara yang terenak di Malaysia! Ye..di Malaysia!! Walaupun bunyinya agak keterlaluan tapi aku berani jamin yang hot pot di sini memang sangat enak.


Untuk bulan Julai ini, mereka menawarkan diskaun sebanyak 15% kepada semua pelanggan mereka dan mereka turut menyediakan pencuci mulut secara percuma..hanya di bulan JULAI ini sahaja

2. Bufet Sarapan Pagi

Bufet sarapan pagi di Hotel Armada Petaling Jaya ini antara bufet sarapan yang gah dan enak. Bagi siapa yang mengikuti blog aku sejak dahulu pasti mengetahui bahawa aku sering melakukan hotel review. Namun dalam berpuluh-puluh buah hotel yang aku pernah review ada antaranya mengecewakan dari segi rasa makanan yang disediakan tetapi tidak di Hotel Armada Petaling Jaya ini!


Di sini berani aku katakan antara hotel yang menyediakan makanan sedap dan antara yang tersedap di Lembah Klang. Bufet sarapan pagi disediakan bermula pukul 7 pagi hingga 10.30 pagi di Restoran Utara dan jangan lepaskan peluang untuk menikmati roti canai durian.


3. Seafood Dinner Buffet (Setiap Sabtu)


Oleh kerana aku menginap dihujung minggu, aku berkesempatan untuk mencuba Seafood Dinner Buffet mereka yang hanya disediakan pada tiap hari Sabtu. Terdapat pelbagai hidangan laut segar yang dihidangkan di sini seperti tiram, udang dan banyak lagi.


Dihidangkan bermula 6.30 petang hingga 10 malam,  Seafood Dinner Buffet ini boleh didapati pada harga ;

  • Dewasa : RM118+
  • Warga Emas : RM82+
  • Kanak-kanak : RM59+

4. Sunday Hi-Tea Buffet


Hotel Armada Petaling Jaya turut menyediakan Sunday Hi-Tea Buffet bermula 12 tengahari hingga 3.30 petang pada setiap hari Ahad.


Seperti hidangan mereka yang lain, Sunday Hi-Tea Buffet tidak mengecewakan! Malah Oden yang disediakan ketika Sunday Hi-Tea Buffet ini antara Oden yang tersedap kuahnya yang pernah aku rasa. Pendek kata Sunday Hi-Tea Buffet yang disediakan di sini adalah umpama syurga makanan yang anda wajib cuba setiap hidangannya.


Bagi anda yang berminat untuk menginap di Hotel Armada Petaling Jaya ini, jangan lepaskan peluang tawaran yang mereka sediakan seperti berikut ;

• Tawaran Merdeka: Raikan semangat kemerdekaan dengan kadar eksklusif  RM166+ untuk penginapan 2H1N di bilik deluxe! Tingkatkan pengalaman anda dengan sarapan pagi untuk 2 orang pada harga RM66+! Tempoh penginapan yang sah dari 1 Ogos hingga 30 September 2023 - (Hanya 10 bilik sehari)

 

• Jom Undi Special - Nikmati penginapan 2H1M dengan harga RM198+ dengan sarapan pagi untuk dua orang dari 11hb hingga 13 Ogos 2023. Tunjukkan jari anda yang berdakwat selepas mengundi dan terima diskaun eksklusif 30% di Restoran Utara untuk hidangan hi-tea atau bufet makan malam yang mewah.

 

• Bersantai & Recharge - Penggunaan Harian - Alami percutian yang menyegarkan dari jam 10:00 pagi hingga 2:00 PTG. Harga bermula dari RM119+ (katil king) dan RM99+ (katil berkembar). 


Untuk tempahan, sila hubungi mereka di nombor telefon (03) 7954 6888 atau e-mel mereka di armada@armada.com.my


Jangan lupa menyertai telegram group ini untuk lebih banyak hotel  review https://t.me/hotelreviewbymin


Post a Comment

0 Comments