KADAR FIDYAH DAN BAGAIMANA CARA KIRAANNYA

Fidyah ialah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam satu amal ibadah.




Sebab perlu menunaikan pembayaran fidyah adalah kerana ;


  • Meninggalkan puasa kerana sakit tua
  • Meninggalkan puasa kerana sakit kronik
  • Meninggalkan puasa kerana hamil
  • Meninggalkan puasa kerana menyusukan anak
  • Meninggalkan puasa kerana musafir atau sakit dan tidak qada' puasa pada tahun ia tinggalkan
  • Melambatkan ganti puasa (qada')
  • Hutang puasa orang yang telah meninggal dunia

Bagaimanakah Kiraan Fidyah?


Fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan termasuk upah sama ada RM2.00 atau RM4.00 atau RM6.00 mengikut jenis beras yang dimakan.

Contoh Kiraan (TIDAK BERGANDA)


Jika seseorang meninggalkan puasa sebanyak 7 hari selama 3 tahun secara berturut-turut dan tidak menggantikannya iaitu pada tahun 2020 hingga 2022, kadar fidyahnya adalah seperti berikut ;

7 hari + 7 hari + 7 hari x RM2.00 = RM42.00

 

TAHUN

 

BIL. HARI

BIL. TAHUN

(TIDAK DIGANDAKAN)

 

JUMLAH HARI

2020

7

-

7

2021

7

-

7

2022

7

-

7

JUMLAH HARI YANG PERLU DIBAYAR FIDYAH

21

*kiraan adalah berdasarkan selepas memasuki Ramadan pada tahun 2023


Contoh Kiraan (BERGANDA)


Jika seseorang meninggalkan puasa sebanyak 7 hari selama 3 tahun secara berturut-turut dan tidak menggantikannya iaitu pada tahun 2020 hingga 2022, kadar fidyahnya adalah seperti berikut ;

7 hari x 3 tahun + 7 hari x 2 tahun + 7 hari x 1 tahun x RM2.00 = RM84.00

 

TAHUN

 

BIL. HARI

BIL. TAHUN

(TIDAK DIGANDAKAN)

 

JUMLAH HARI

2020

7

3

21

2021

7

2

14

2022

7

-

7

JUMLAH HARI YANG PERLU DIBAYAR FIDYAH

42

*kiraan adalah berdasarkan selepas memasuki Ramadan pada tahun 2023


* Pembayaran Fidyah di Selangor diharuskan menggunakan 2 kaedah iaitu ;

1. Gandakan Fidyah mengikut tahun

2. Tidak gandakan kadar pembayaran fidyah

Jadi, anda hendaklah merujuk kepada Majlis Agama Islam negeri masing-masing. Apa yang aku kongsikan ini adalah mengikut Masjlis Agama Islam Selangor.


Bayar Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang Dimakan


Aku rasa ramai yang terlepas pandang bab ini. Buat pengetahuan, kadar zakat fitrah yang perlu kita bayar sebenarnya adalah mengikut harga beras yang kita makan. Misalnya jika kita makan beras yang lebih mahal maka zakat fitrah kita bukanlah RM7. 



Bagi memudahkan anda lebih faham, aku sediakan jadual di bawah ;


RM7

RM14

RM21

Beras Super Spesial Tempatan 5%

·        Beras Putih Import

·        Beras Perang

·        Beras Pulut

·        Beras Harba Ponni

·        Beras Wangi

·        Beras Merah

·        Beras Jepun

·        Beras Basmathi


Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Post a Comment

1 Comments