Hari ini seluruh rakyat Malaysia sedang menikmati cuti Awal Muharram yang telah di gazzetkan sebagai cuti umum di Malaysia. Nmun begitu, bagi sesetengah orang terutamanya non-muslim pasti tertanya-tanya kenapakah umat Islam menyambut Maal Hijrah?
Buat pengetahuan, Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan
suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana
hari tersebut menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu
memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari
Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Kalender Hijarah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah
S.A.W. Kalendar ini hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu
Saidina Umar al-Faruq R.A. Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat
untuk penetapan Taarrikh bagi Madinah ketika itu, ada yang
mencadangkan tahun Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, ada yang
mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah
dibangkitkan sebagai nabi dan rasul tetapi pandangan yang mencadangkan
permulaan tarikh Islam pada tarikh hijrah Nabi S.A.W.
Penetapan ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah
yang menjadi anjakan paradigma dalam sejarah agama Islam yang mana pertama kali
dalam sejarah Islam seorang nabi dan rasul membentuk kerajaan dengan segala
kesukaran dan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan beberapa negara serta
menyampaikan dakwah Islam secara global sehingga Islam tersebar ke merata
dunia.
Untuk umat Islam, menyambut tahun baru akan diiringi oleh doa. Di sini aku turut ingit berkongsikan fadilat doa serta bacaan doa akhir dan awal tahun.
FADHILAT DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun Hijrah dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib (Akhir waktu Asar penghujung tahun Hijrah). Doa ini dibaca sebanyak tiga (3) kali.
Barang siapa membaca doa ini daripada waktu yang telah tersebut maka berkatalah syaitan kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini maka dibinasakan dengan satu saat jua dengan sebab membaca doa ini maka diampuni Allah sekalian dosanya yang setahun ini.
FADHILAT DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Doa Awal Tahun Hijrah dibaca selepas menyempurna kan Sembahyang Fardhu Maghrib awal tahun Hijrah. Doa ini dibaca sebanyak tiga (3) kali.
Barang siapa membaca doa ini maka bahawasanya syaitan akan berkata telah amanlah anak Adam ini daripada aku barang yang tinggal umurnya pada tahun ini kerana bahawasanya Allah Taala telah mewakilkan dua Malaikat memelihara akan dia daripada fitnah syaitan.
KAIFIYAT MEMBACA DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
1. Dibaca 7 kali: أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم
وأتوب إليه.
2. Surah Al-Fatihah:
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العلمين و الرحمن الرحيم ملك يوم الدين و إياك نعبد وإياك نستعين و أهدنا الصراط المستقيم و صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين
3. Dibaca 7 atau 21 kali: أستغفر الله العظيم إنه كان غفارا
4. Dibaca 7 atau 21 kali:
أستغفر الله العظيم إنه كان توابا
5. Dibaca 7 atau 21 kali:
لًا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH (DIBACA 3 KALI)
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم.
اللهم ما عملنا في هذه السنة مما نهيتنا عنه فلم تثب منه ولم ترضه، ونسيناه ولم تنسه وحلمت علينا بعد قدرتك على عقوبتنا ودعوتنا إلى التوبة منه بعد جراءتنا على معصيتك فإننا نستغفرك فاغفر لنا، وما عملنا فيها مما ترضاه ووعدتنا عليه الثواب، فسألك اللهم يا كريم يا ذا الجلال والإكرام أن تتقبله منا ولا تقطع رجاءنا منك يا كريم.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم، والحمد لله رب العالمين.
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH DALAM BAHASA MELAYU
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan pada tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau larang dan kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan kami telah melupakannya sedang Engkau pula tidak melupakannya dan Engkau berlemah lembut kepada kami sedang Engkau berkuasa mengazab kami malah memberi kami peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat kepada-Mu. Oleh yang demikian kami memohon keampunan-Mu, maka ampunkanlah kami. Dan apa-apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan ganjaran pahala kerananya, maka kami memohon kepada-Mu Ya Allah, Tuhan yang Maha Mulia, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerimanya (amal bakti) yang telah kami lakukan dan Engkau tidak menghampakan harapan kami, wahai Tuhan yang Maha Mulia.
Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.
KAIFIYAT MEMBACA DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Dibaca 7 kali: 1. أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم
وأتوب إليه.
2. Surah Al-Fatihah:
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العلمين و الرحمن الرحيم ملك يوم الدين و إياك نعبد وإياك تستعين في أهدنا الصراط المستقيم و صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين
3. Dibaca 7 atau 21 kali: أستغفر الله العظيم إنه كان غفارا
4. Dibaca 7 atau 21 kali.
أستغفر الله العظيم إنه كان توابا 5. Dibaca 7 atau 21 kali:
لًا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
DOA AWAL TAHUN HIJRAH (DIBACA 3 KALI)
الله الرحمن الرح الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم.
اللهم أنت الأبدي القديم الأول، وعلى فضلك العظيم وجودك المعول، وهذا عام جديد قد أقبل علينا، نسألك العضمة فيه من الشيطان الرجيم وأوليائه، وجنوده، والعون على هذه النفس الأمارة بالسوء والإشتغال بما يقربنا إليك زلفى يا ذا الجلال والإكرام يا أرحم الراحمين.
وصلى الله على سيدنا محمد النبي الأمي وعلى آله وصحبه أجمعين، والحمد لله رب العالمين.
DOA AWAL TAHUN HIJRAH DALAM BAHASA MELAYU
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.
Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang kekal untuk selama lamanya sedia ada lagi tiada permulaan. Kelebihan-Mu Maha Agung dan kemurahan-Mu amat melimpah yang sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru ke atas kami, kami mohon kepada-Mu perlindungan pada tahun ini daripada syaitan yang direjam dan konco konconya serta bala tenteranya, kami juga memohon kepada-Mu pertolongan mengalahkan runtunan nafsu yang mendorong ke arah kejahatan, dan kami memohon kepada Mu kerja-kerja yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad. berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.
1 Comments
Selamat Tahun Baru Hijrah Cik Min..
ReplyDeleteSemoga amalan kita lebih baik dari tahun sebelum ini..