Tak dinafikan di zaman TikTok ni ramai yang mula menggunakan pelbagai aplikasi untuk membuat video. Salah satu aplikasi yang popular adalah CapCut.
Ramai yang memilih CapCut kerana lebih mudah terutama kerana CapCut menyediakan pelbagai jenis tulisan, animasi, malah menyediakan auto lirik dan auto caption. Namun yang menjadi sedikit masalah adalah kerana di CapCut tidak tersedia auto lirik dalam bahasa Arab. Lebih merumitkan lagi adalah jika kita 'copy' tulisan Arab dan 'paste' di CapCut tulisannya akan terpisah dan sukar dibaca.
Jadi, untuk artikel kali ini aku ingin kongsikan tutorial mudah untuk masukkan lirik bahasa Arab menggunakan CapCut supaya video anda mempunyai tulisan yang smooth dan menarik.
TUTORIAL CARA MASUKKAN LIRIK BAHASA ARAB MENGGUNAKAN APLIKASI CAPCUT
Untuk masukkan lirik bahasa Arab ke dalam video menggunakan CapCut, pertama sekali anda mestilah sudah mempunyai lirik lagu dalam bahasa Arab.
Kemudian anda pergi ke aplikasi CapCut dan memilih 'New Project'
Kemudian pilih mana-mana video di dalam handphone anda yang ingin anda edit.
Setelah itu ada tekan butang 'sound' dan pilih mana-mana lagu arab kegemaran anda yang anda ingin masukkan ke dalam video anda.
Kemudian klik butang 'add text' dan anda pergi kepada lirik bahasa arab yang anda salin terlebih dahulu. Klik 'select all' pada lirik yang anda ingin salin ke CapCut, tekan 'copy' dan anda kena pergi ke GOOGLE dan buat carian 'Arabic text.com'
Kemudian di kotak yang tertulis 'Input' anda paste kan lirik bahasa Arab yang anda telah copy terlebih dahulu.
Langkah seterusnya anda klik butang tengah yang berwarna putih yang aku telah tandakan sebagai no. 2 seperti dalam gambar yang aku sediakan di bawah.
Bila anda menekan butang putih tersebut, akan keluar tulisan di bahagian output. Copy tulisan tersebut dan kembali ke aplikasi CapCut dan 'paste'kan tulisan tersebut di dalam text.
Ulang langkah tersebut sehingga selesai. Cara ini akan menjadikan video anda lebih menarik dengan lagu yang mempunyai lirik dalam bahasa Arab. Bagi memudahkan anda untuk lebih memahami proses ini, aku telah menyediakan juga video tutorial. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
0 Comments