5 TEMPAT MENARIK DI PUTRAJAYA YANG ANDA WAJIB TERJAH

Tahukah anda bahawa di Putrajaya terdapat banyak sangat tempat menarik untuk dilawati? Jadi, jika anda merancang untuk membawa seisi keluarga pergi bercuti dihujung minggu, apa kata anda memilih Putrajaya sebagai destinasi percutian anda kali ini bersama keluarga.



Berikut aku senaraikan 5 tempat menarik di Putrajaya yang anda boleh lawati ;


1. Kebun Kelulut Komuniti Putrajaya Presint 15 


Projek Kebun Kelulut ini adalah diusahakan oleh Persatuan Penduduk P15H4 dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya di bawah program Local Agenda 21, Putrajaya. Perbadanan Putrajaya juga telah membantu membersihkan semak-semak di kawasan bersebelah Kebun Kelulut bagi menjaga kebersihan dan kesihatan komuniti yang menetap di Putrajaya.


Di sini para pengunjung akan didedahkan dengan cara ternakan lebah kelulut dan cara penghasilan madu kelulut. Malah di sini juga para pengunjung boleh merasai sendiri madu kelulut yang dihasilkan di sini.

Wetland Studios Putrajaya yang baru beroperasi pada Mei 2023 yang lalu adalah sebuah taman tema berkonsepkan didik hibur dalaman berhawa dingin yang berteraskan teknologi terkini.

Apa yang menarik, taman tema indoor ini merupakan hasil kreativiti dari KRU Studios Sdn.Bhd dan memperoleh kerjasama dari Perbadanan Putrajaya.Taman tema ini dibangunkan bertujuan bagi menonjolkan peranan Taman Wetland Putrajaya kepada masyarakat setempat dengan keindahan flora dan faunanya.


Terletak di Taman Wetland Putrajaya, Wetland Studios Putrajaya terletak di lokasi startaegik yang mudah diakses dengan pelbagai jenis kenderaan termasuk pengangkutan awam. Bagi fasa pertama iaitu tempoh pra-pelancaran mulai 26 Mei lalu 31  Ogos ini, 12 ruangan kini dibuka iaitu ;

  • Insectopia
  • Dinosaur  Encounter 
  • Stegodon Big Break
  • Caventure
  • Jungle Jive
  • Sky Sanctuary
  • Flamingo Parade
  • Sky Dreams VR
  • Artopia 
  • Aviary Archive 
  • EduPlay Centre 
  • Migration in Motion


3. Glamping@Wetland Putrajaya


Jika anda datang untuk bersantai di Putrajaya bersama keluarga mahupun bersama teman-teman, apa kata anda mencuba kelainan dengan menginap di Glamping@Wetland Putrajaya.


Terletak di Wetland Putrajaya, Glamping@Wetland menawarkan 3 jenis khemah iaitu ;

1. Double Tent (Queen bed, 2 orang)
2. Quad Tent (Queen bed, 4 orang)
3. Triple Tent (1 Queen, 1 single bed, 3 orang)

Setiap khemah ini dilengkapi dengan penghawa dingin dan juga kipas bagi keselesaan pengunjung. Turut disediakan di sini adalah tempat mandi, tandas, surau, tempat makan dan juga aktiviti riadah seperti berbasikal.


4. Taman Ekuestrian Putrajaya


Bagi peminat-peminat sukan kuda atau yang ingin mengetahui lebih dekat tentang kuda, anda wajib singgah ke Taman Ekuestrian Putrajaya. 


Taman Ekuestrian yang terletak di Percinct 5, juga dikelilingi dengan tasik buatan manusia seluas 70 ekar yang dimiliki oleh Perbadanan Putrajaya, menyediakan kemudahan dan perkhidmatan ekuestrian yang terbaik sebaris dengan kemudahan-kemudahan ekuestrian lain yang terkenal di seluruh dunia.


Di buka pada tahun 2006, pusat ini menyediakan kemudahan yang menarik dan pembelajaraan berbayar menunggang kuda untuk pelajar, pelumba dan pemilik kuda. Lawatan dan aktiviti menunggang kuda turut disediakan untuk pelawat dan pengunjung.

 

Ketika kunjungan aku tempoh hari, kami turut ditunjukkan cara memberi makan kuda dengan betul dan juga menunggang kuda. 


5. Taman Cahaya Putra Perdana (Secret Garden) 


Antara tarikan yang tengah viral kini di Putrajaya adalah Taman Cahaya Putra Perdana atau lebih dikenali sebagai 'Secret Garden'. Taman ini sememangnya dipenuhi dengan cahaya-cahaya lampu yang menghiasi seluruh taman dan berada di sini seolah-olah berada di dalam sebuah taman fantasi.



Terletak berhadapan dengan Hotel Pulse Grande Putrajaya, Taman Cahaya Putra Perdana ini dilimpahi cahaya lampu LED yang turut di pasang pada pokok.

Terdapat juga arca berbentuk Dinosaur dan Pintu Gerbang Love yang menjadikan taman itu lebih menarik untuk dikunjungi bersama seisi keluarga. Bukan itu saja, terdapat juga air pancut berlampu di sekitar taman berkenaan.


Jika berjalan terus ke sebelah belakang, anda juga akan dapat lihat Mercu Tanda Putrajaya yang berupa seakan Tanjak atau Tengkolok dan Tangga Putrajaya.



Terlalu banyak sebenarnya tempat menarik yang ada di sekitar Putrajaya ni. Ini baru sebahagian yang aku kongsikan. Insyallah di dalam artikel seterusnya aku akan kongsikan lebih banyak lagi tarikan yang ada di Putrajaya. Lepas ni dah tak perlu nak merancang percutian jauh-jauh, di Putrajaya segalanya lengkap sebagai destinasi percutian untuk anda seisi keluarga.

Post a Comment

0 Comments