LAGI TEMPAT MENARIK YANG ANDA BOLEH KUNJUNGI KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH INI DI PUTRAJAYA

Di artikel yang lepas aku ada kongsikan 5 tempat menarik di Putrajaya yang wajib anda terjah dan pada artikel kali ini suka untuk aku kongsikan lagi tempat-tempat menarik di Putrajaya yang boleh anda kunjungi sepanjang cuti sekolah ini.


1. Souq Putrajaya


Dibuka pada awal tahun 2000, Souq Putrajaya baru-baru ini telah melalui transformasi besar pada tahun 2021 untuk menyediakan pelawat yang hadir ke Putrajaya dengan pelbagai tarikan yang lebih menarik. Souq Putrajaya yang terletak berhampiran Masjid Putra dan Dataran Putra kini telah mempunyai pelbagai tarikan terkini seperti Souq Shoppe (Kedai Coklat), Putrajaya Story (Galeri Putrajaya), Tempat riadah kanak-kanak dan keluarga, Cruise Tasik Putrajaya, Restoran dan kafe serta Food Court yang menyajikan pelbagai pilihan makanan terbaik di Putrajaya


Putrajaya Story 


Putrajaya Story adalah sebuah galeri pameran interaktif dan instagrammble yang membawa pengunjung melihat pelbagai tarikan, aktiviti dan kisah di sebalik keindahan pembinaan Putrajaya melalui diorama, lukisan mural, pameran 3D dan pelbagai lagi. Putrajaya Story ini menyediakan kepada pelawat dengan pengalaman 3E yang unik iaitu Educational, Experiential dan Enjoyable. Sudah tentu ia menjadi lokasi pilihan pelawat bila tiba di Putrajaya


Waktu Operasi Putrajaya Story: Isnin-Ahad (10.00 pagi - 5.00 petang)
Harga Tiket (Harga Promosi):

Warganegara Malaysia: Dewasa RM5.00 | Kanak-kanak RM3.00 | Kanak-kanak bawah 3 tahun & Orang Kurang Upaya Percuma 

Pelawat Antarabangsa: Dewasa RM7.00 | Kanak-kanak RM4.00 | Kanak-kanak bawah 3 tahun & Orang Kurang Upaya Percuma


Souq Shoppe 


Bagi pengunjung yang telah tiba di Putrajaya Story, pengunjung juga berpeluang untuk shopping coklat di Souq Shoppe yang menjual lebih 300 jenis coklat berjenama lokal dan antarabangsa termasuk minyak wangi. 

Sudah tentu pengunjung merasa seperti berada di Pulau Langkawi. Antara jenama coklat lokal yang menjadi pilihan pengunjung adalah jenama Danson, Fidani, Milton & Farells. Manakala bagi jenama Antarabangsa pula adalah jenama Daim, Hershey, Ferrero, Cadbury, Nutella, Lindt, Loacker dan pelbagai lagi. Bagi pengujung yang sampai di sini, mereka berpeluang untuk bergambar di photo booth blok Reese gergasi dan juga Hersey yang pertama di Malaysia.


Waktu Operasi Souq Shoppe: Isnin- Ahad (9.00 pagi -9.00 malam) 
Harga Tiket: Masuk Percuma


2. Cruise Tasik Putrajaya


Dah alang-alang sampai ke Souq Putrajaya apa kata anda mencuba kelainan dengan menaiki cruise mengelilingi Putrajaya pula.

Ada pelbagai pakej yang disediakan oleh pihak Cruise Tasik Putrajaya pada harga yang sangat berpatutan antaranya Sightseeing Cruise yang berharga RM15 sahaja untuk dewasa.


Sightseeing Cruise ni dijadualkan pada pukul 7 malam setiap hari dan akan berlangsung selama 30 minit. Detail harga pula adalah seperti berikut ;


KATEGORI

HARGA

DEWASA

KANAK-KANAK

MYKAD

RM15

 

RM10

NON-MYKAD

RM25

RM17.50

 


Kalau anda ingin merasai pengalaman untuk makan di atas cruise pun perkhidmatan ini ada disediakan. Tempohari aku mengambil pakej untuk makan tengahari di atas cruise.

Untuk harga makan di atas cruise ni lain pula la harganya namun pada aku sangat berbaloi kerana makanan yang disediakan sangatlah enak dari appetizer hinggalah kepada pencuci mulut semuanya puas hati.

Selepas menikmati tengahari, ambillah pula peluang untuk bergambar sambil menikmati pemandangan Putrajaya. Jangan lupa untuk membawa topi, cermin mata hitam dan paling penting memakai sunscreen terlebih dahulu.

Untuk details harga makan di atas cruise anda boleh rujuk jadual di bawah ;

VESSEL

BRUNCH, LUNCH HI-TEA & DINNER

 

MINIMUM PAX

PRICE/PAX

ADULT

CHILDREN

KELAH/SEBARAU

MONDAY - THURSDAY

30

RM170

RM118

FRIDAY – SUNDAY & PUBLIC HOLIDAY

30

RM190

RM128



3. Masjid Putra

Masjid Putra atau dikenali sebagai Masjid Kubah Merah adalah mercu tanda Putrajaya. Tak sah kalau ke Putrajaya tidak singgah ke masjid yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ini.


Masjid Putra yang merupakan mercu tanda yang paling popular di Putrajaya, malah dikatakan salah satu masjid paling indah di dunia. Masjid Putra yang siap dibina pada tahun 1999 menggabungkan konsep seni bina tradisional Melayu dan Timur Tengah. Bangunan berkubah berwarna merah jambu yang dibina dengan granit berwarna kuntuman mawar ini adalah contoh bagaimana reka bentuk masjid telah berkembang di Malaysia di mana seni bina Islam menggabungkan reka bentuk tradisional, seni buatan tempatan dan penggunaan bahan asli. Masjid ini terdiri daripada tiga kawasan berfungsi utama iaitu dewan solat, Sahn atau halaman dan pelbagai kemudahan pembelajaran dan bilik majlis. Boleh memuatkan 15,000 jemaah pada satu-satu masa.


4. Kompleks Nasyrul Quran

Kompleks Nasyrul Quran yang terletak di Presint 14, Putrajaya merupakan Pusat Pencetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd di Madinah. ‘Nasyrul Quran’ diilhamkan daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘Penyebaran al-Quran’.


 kompleks ini menyasarkan percetakan sejuta naskhah al-Quran setahun dengan 70 peratus untuk kegunaan domestik manakala selebihnya boleh diwakafkan kepada negara lain yang memerlukannya. Kompleks ini juga mempunyai galeri pameran, ruang latihan kemahiran, bilik mesyuarat, surau, kafeteria, galeri melihat proses percetakan, dan pejabat pentadbiran dan pengurusan.



5. Astaka Morocco Putrajaya


Jika berkesempatan berkunjung ke Taman Botani, jangan lupa singgah Moroccan Pavilion Pavilion Maghribi. Tiang, gerbang, dinding mozek, halaman air pancut dan panel kayu yang diukir berat disatukan dalam himpunan seni bina Afrika Utara yang menakjubkan mewujudkan suasana pavilion tipikal Maghribi. Menggunakan tekstur, warna, permainan cahaya dan bayang-bayang, dan juga aroma, pavilion membangkitkan suasana romantis dan indah yang sempurna untuk renungan dan refleksi. Pakar tukang telah digunakan untuk mengarang karya seni yang rumit untuk siling, tiang dan dinding - kebanyakannya telah siap di beberapa kampung di Maghribi. Artisan dengan legasi ketukangan dalam kerja jubin mozek, kerja kayu dan plaster gipsum turut meminjamkan kemahiran mereka untuk seni bina yang indah ini. Taman yang terawat dengan baik menyediakan bingkai yang sempurna untuk meningkatkan motif dan reka bentuk yang rumit yang menghiasi dinding, lantai dan siling astaka.


LAGI TEMPAT MENARIK YANG ANDA BOLEH KUNJUNGI KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH INI DI PUTRAJAYA



Inilah antara tempat-tempat menarik di Putrajaya. Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di Putrajaya untuk diterokai. Jika anda ada masa dan peluang, ambillah kesempatan untuk bercuti ke Putraya.

Post a Comment

0 Comments