Beruntungnya generasi muda kini kerana telah diberi pendedahan awal tentang pentingnya rutin penjagaan kulit harian. Zaman aku dulu tak ada langsung pendedahan awal, yang ada hanyalah lambakan produk timbang kilo.
Namun kini zaman dah berubah, anak-anak generasi sekarang rata-rata telah diberi pendedahan awal tentang betapa pentingnya 'skincare routine' dan betapa pentingnya menggunakan produk yang selamat dari segala bahan terlarang. Terkini, antara produk yang selamat digunakan adalah La'Miux Skin Therapist, iaitu sebuah jenama penjagaan kulit dermatologi, menggabungkan sains dan tumbuhan semula jadi supaya sesuai dengan keperluan unik untuk kulit muka setiap individu.
La'Miux Skin Therapist diformulasi di Perancis dan telah menjalani ujian
dermatologi dan hipoalergenik untuk memastikan keselamatan dan keberkesanannya. La'Miux komited untuk mengeluarkan produk berkualiti tinggi yang menghasilkan kulit muka yang sihat
dan berseri, sekali gus meningkatkan keyakinan individu
Langkah Untuk Dapatkan Kulit Berseri Dengan La'Miux Skin Therapist
Untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat pastikan anda melakukan penjagaan kulit harian (skincare daily routine) yang betul dengan produk La'Miux kin Therapist.
1. La'Miux Skin Therapist Hyalu-mide Serum 20ml
Hyalu-mide Serum ialah kombinasi unik serum dan pelembap yang mampu mengukuhkan lapisan perlindungan kulit dan memberi penjagaan intensif untuk kulit yang rapuh dan rosak. Dirumus khas untuk memulihkan fungsi lapisan perlindungan kulit, serum ini mengandungi ekstrak tumbuhan semulajadi, Yuzu Ceramide B, dan 3 jenis asid hialuronik untuk kelembapan dan hidrasi kulit yang maksimum.
Serum ini bebas daripada sebarang pewarna, minyak mineral untuk kosmetik (mineral oil), paraben, pewangi, dan bahan steroid. Sangat disyorkan untuk kulit kering dan kusam, selain kulit dengan tanda-tanda penuaan yang memerlukan kelembapan optimum.
Cara penggunaanya : Selepas mencuci muka dan memakai toner, titiskan Hyalu-mide Serum 20ml dan oles rata pada seluruh muka.
2. La'Miux Skin Therapist Natural Advance Crème 50ml
Selain dirumus khas buat individu yang memiliki kulit kering dan sensitif, krim ini juga mampu memberi kelegaan maksimum buat individu yang mengalami alergi atau kegatalan pada kulit. Formula tidak komedogenik berasaskan tumbuhan yang terkandung dalam setiap tiub mampu melindungi kulit daripada iritasi dan masalah pori.
Dengan Fast Multi-layered Liposome Technology, bahan-bahan biologikal aktif mampu menembusi lapisan kulit untuk hasil yang maksimum. Ciri unik yang ada dalam krim ini ialah ekstrak Seaberry yang kaya dengan antioksidan untuk kulit muka yang kelihatan lebih sihat dan anjal. Natural Advance Crème juga hipoalergenik, bebas dari sebarang paraben, pewarna, dan pewangi serta telah diuji secara klinikal untuk keselamatan dan keberkesanannya.
Cara penggunaannya : Selepas mencuci muka dan memakai toner, picit Natural Advance Crème 50ml sebesar saiz kacang pea pada tapak tangan dan sapu rata pada seluruh muka.
3. La'Miux Skin Therapist Rejuvenating Night Cream 50ml
Dengan formula yang dipertingkatkan, krim malam ini dirumus khas untuk mencerahkan pigmentasi, melembapkan kulit, dan melindungi kulit daripada radikal bebas yang mampu merosakkan kulit sekali gus menghindari tanda penuaan.
Sesuai untuk kulit matang, Rejuvenating Night Cream ini mampu mengurangkan ton kulit tidak sekata, memperbaiki keanjalan kulit, serta merangsang penghasilan kolagen. Diperkaya dengan Ekstrak Seaberry Oil, Algae, Vitamin B5 Panthenol, dan Vitamin E, krim dengan tekstur ringan ini menjadikan kulit anda lebih lembap, halus, dan tanpa rasa berminyak.
Cara penggunaannya : Selepas menggunakan Hyalu-mide Serum 20ml, ambil Rejuvenating Night Cream 50ml sebesar saiz kacang pea pada tapak tangan dan oleskan ke seluruh muka.
4. La'Miux Skin Therapist Sunscreen SPF40 50ml
Perkara paling penting namun sering dianggap remeh dalam langkah penjagaan kulit harian adalah pemakaian krim pelindung matahari atau sunscreen. Pemakaian sunscreen adalah wajib walaupun kita hanya berada di dalam rumah!
Dengan SPF 40, krim pelindung matahari ini mempunyai tekstur ringan dan tidak menyumbat liang pori, sekali gus memberi ruang kepada kulit anda untuk bernafas dan berfungsi secara normal sambil mendapat manfaat perlindungan daripada sinar UVA dan UVB. Tambahan lagi, krim ini juga diformulasi khas untuk mengelakkan bakteria jerawat daripada menyerang kulit muka.
Berbeza dengan kebanyakan krim pelindung matahari di luar sana, tekstur La Miux Skin Therapist Sunscreen ini ringan dan berasaskan air, selain tidak melekit dan tidak berminyak.
Cara penggunaannya : Selepas memakai pelembap muka, gunakan Sunscreen SPF40 50ml secukupnya dan oleskan pada seluruh muka sekurangkurangnya 15 minit sebelum berada di bawah sinaran matahari. Jangan lupa untuk re-apply sunscreen setiap 2 jam untuk perlindungan maksima.
Untuk sebarang keterangan lanjut mengenai produk La'Miux Skin Therapist anda boleh layari laman web mereka di https://www.quantum2u.com/ atau dapatkan produk La'Miux di kedai eksklusif mereka di https://www.bigpharmacy.com.my/brand-lamiux
Oh ya! Produk ini juga ada dijual di BIG Pharmacy seluruh negara.
0 Comments