Baru-baru ini telah berlangsung acara Pakour Challenge di Aeon Mall Shah Alam. Bagi mereka yang tidak tahu apa itu Parkour, Parkour (kadang-kadang disingkatkan kepada PK) atau l'art du déplacement (Melayu: seni pergerakan badan) adalah merupakan aktiviti yang berasal daripada orang Perancis, bertujuan bergerak dari tempat A kepada tempat B dengan secepat dan sepantas mungkin, dengan menggunakan kebolehan badan manusia.
Aktiviti ini dilakukan dalam membantu seseorang yang sedang menghadapi kesulitan atau halangan, dimana ia boleh jadi apa saja yang melibatkan persekitaran — dari dahan-dahan dan batu-batu, palang dan dinding konkrit; dan ia boleh berlatih di kawasan luar bandar ataupun bandar. Lelaki yang mempraktikkan parkour dikenali sebagai traceur dan untuk perempuan pula dikenali sebagai traceuse.
Antara VIP yang hadir ketika acara Parkour Challenge berlangsung di Aeon Mall Shah Alam batu-baru ini adalah YB Adam Adli (Timbalan Menteri Belia & Sukan), Mr. Daisuke Takahashi (1st Secretary of Japan Embassy Malaysia), Mr Morinari Watanabi (CEO of International Gymnastics Federation), Dato Tan Gin Soon (CEO of Malaysian Gymnasium Federation) dan Mr Naoya Akada (Deputy Managing Director of Aeon Malaysia).
Di dalam challenge ini 3 orang pemain telah dinobatkan sebagai pemenang iaitu Muhammad Naqib Abu Bakar dari Serendah sebagai Juara, Koh Chin Pen sebagai Naib Juara dan tempat ketiga dimenangi oleh Muhammad Faiz dari Singapura.
Tahniah diucapkan kepada semua pemennag dan juga kepada Aeon kerana telah menganjurkan acara sukan ekstrem peringkat Asia di Aeon Mall Shah Alam. Semoga dengan penganjuran acara ini akan melahirkan lebih ramai atlet Parkour di masa hadapan
1 Comments
menarik!
ReplyDelete