Wetland Studios Putrajaya Tarikan Terbaharu Di Putrajaya

Tahukah anda kini terdapat tarikan terbaharu di Putrajaya? Tarikan terbaharu yang aku maksudkan adalah Wetland Studios Putrajaya iaitu sebuah taman tema berkonsepkan didik hibur dalaman berhawa dingin yang berteraskan teknologi terkini.



Apa yang menarik, taman tema indoor ini merupakan hasil kreativiti dari KRU Studios Sdn.Bhd dan memperoleh kerjasama dari Perbadanan Putrajaya.Taman tema ini dibangunkan bertujuan bagi menonjolkan peranan Taman Wetland Putrajaya kepada masyarakat setempat dengan keindahan flora dan faunanya.


Terletak di Taman Wetland Putrajaya, Wetland Studios Putrajaya terletak di lokasi startaegik yang mudah diakses dengan pelbagai jenis kenderaan termasuk pengangkutan awam. Bagi fasa pertama iaitu tempoh pra-pelancaran mulai 26 Mei lalu 31  Ogos ini, 12 ruangan kini dibuka iaitu ;

  • Insectopia
  • Dinosaur  Encounter 
  • Stegodon Big Break
  • Caventure
  • Jungle Jive
  • Sky Sanctuary
  • Flamingo Parade
  • Sky Dreams VR
  • Artopia 
  • Aviary Archive 
  • EduPlay Centre 
  • Migration in Motion


Wetland Studios Putrajaya bakal dilancarkan secara rasminya pada bulan  September 2023 dengan pembukaan kesemua 15 ruangan termasuk tarikan  tambahan Panorama, Lakes & Rivers dan Majestic Ocean. 


Pendapat Peribadi Aku Mengenai Wetland Studios Putrajaya


Aku sendiri berkesempatan untuk mengunjungi tarikan terbaharu di Putrajaya ini pada minggu lepas, apa yang boleh aku katakan adalah taman tema indoor ini antara yang terbaik yang pernah aku kunjungi. Di sini para pengunjung khususnya kanak-kanak akan lebih mengenali spesis-spesis dinosour serta haiwan-haiwan lain khususnya serangga.


Oleh kerana taman tema ini berkonsepkan didik hibur, aku pasti Wetland Studios Putrajaya juga sangat sesuai untuk dijadikan tempat lawatan sambil belajar bagi semua sekolah termasuk tadika. Apa yang pasti Wetland Studios Putrajaya ini pasti akan menjadi antara tarikan yang popular juga dikalangan pelancong yang melancong ke Malaysia kerana Wetland Studios Putrajaya ini setanding dengan taman tema indoor yang berada di luar negara.


Bagi yang berminat untuk mengunjungi temoat ini, berikut adalah harga tiket untuk masuk ke Wetland Studios Putrajaya ;


HARGA TIKET

WARGANEGARA MALAYSIA

BUKAN WARGANEGARA

 

DEWASA

RM25

 

RM40

KANAK-KANAK

RM15

 

RM20

WARGA EMAS

RM15

 

RM20

OKU

RM12

 

RM16


* Bagi kanak-kanak berusia 3 tahun kebawah masuk adalah PERCUMA


Waktu operasi : Dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 7 malam


Untuk sebarang maklumat lanjut anda boleh hubungi ;

Tel : +60388935333

Laman Web : www.wetlandstudios-putrajaya.com

Email : enquiries@wetlandstudios-putrajaya.com

@bebelancikmin Wetland Studios Putrajaya merupakan sebuah taman tema didik hibur dalaman berhawa dingin berteraskan teknologi menyajikan pelbagai jenis informasi dan pengetahuan berkenaan kehidupan bumi. Taman tema berkonsep didik hibur ini akan memupuk kesedaran tentang peranan kepentingan air terhadap ekosistem pelbagai hidupan seperti mamalia, reptilia, amfibia, ikan, burung, pokok dan bunga. Tarikan di Wetland Studios Putrajaya ini merangkumi aset fizikal seperti replika haiwan animatronik serta hiasan berkonsepkan alam semula jadi. Malah, pengunjung juga dapat menyaksikan karya-karya milik KRU. Taman tema tertutup berkenaan turut memanfaatkan kemajuan teknologi seperti hologram, realiti tambahan (AR), realiti campuran (MR) serta realiti maya (VR) dan juga kandungan digital animasi KiKaKo Kids sebagai tarikan. Sepanjang tempoh prapelancaran ini, Wetland Studios Putrajaya menawarkan harga istimewa kepada pengunjung dengan RM25 bagi dewasa, RM15 bagi kanak-kanak berusia empat tahun ke atas dan warga emas. Wetland Studios Putrajaya ini beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6 petang (hari bekerja) dan 10 pagi hingga 7 malam (hujung minggu & cuti umum) #Putrajaya #PerbadananPutrajaya #IndahnyaPutrajaya #PutrajayaMempesona #GayaTravel #AksesMalaysia #PMNS #SeeTheWorld #CutiCutiMalaysia #bebelancikmin #wetlandstudios #wetlandstudiosputrajaya ♬ Obituary - Alexandre Desplat

Post a Comment

0 Comments