5 TEMPAT MENARIK YANG ANDA BOLEH LAWATI JIKA MENGINAP DI ROYALE CHULAN SEREMBAN

Artikel yang lepas aku dah kongsikan pengalaman aku menginap di Royale Chulan Seremban, jadi kali ini aku ingin berkongsi pula tempat-tempat yang anda boleh lawati jika menginap di Royale Chulan Seremban kerana hotel ini terletak di tempat strategik yang membolehkan tetamunya berjalan di tempat-tempat menarik berdekatan dengan hotel.


5 Tempat Menarik Yang Anda Boleh Lawati Jika Menginap di Royale Chulan Seremban


1. Lorong Seni Seremban


Selain destinasi pelancongan di Port Dickson, pengunjung kini boleh menikmati satu lagi tarikan terbaharu di Negeri Sembilan, iaitu Lorong Seni Seremban. Terletak berhampiran sahaja dengan Royale Chulan Seremban, Lorong Seni Seremban ini antara destinasi yang anda boleh lawati untuk anda mengabadikan gambar kenangan berkunjung ke Seremban


Berkonsepkan 'Returning The Street To The Public', Lorong Seni Seremban sepanjang kira-kira 250 meter bermula di Jalan Dato Sheikh Ahmad sehingga 'Benteng Walk' itu, dihiasi lebih 30 corak lukisan mural menarik dan kreatif yang pastinya mengujakan pelancong, apabila menyusuri lorong serta bangunan-bangunan lama sekitar bandar Seremban.


Paling aku tertarik sekali adalah lakaran wajah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma yang bergabung menjadi 1 lukisan. Jika dilihat pada 1 sudut anda hanya nampak lakaran wajah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan jika melihat dari sudut yang lain anda akan dapat melihat pula lakaran wajah Allahyarhamah Puan Sri Saloma 

Bagi pengunjung yang ingin menikmati pemandangan dan gemar berfotografi, Lorong Seni Seremban adalah tempat yang harus dikunjungi, bagi merakam gambar kenangan.


2. Muzium Negeri


Muzium Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1953 apabila Yam Tuan ke-8 Tuanku Abdul Rahman memberikan kebenaran supaya istana Ampang Tinggi Kuala Pilah dipindahkan ke Taman Bunga di Jalan Dato’ Hamzah, Seremban dan dijadikan sebagai Muzium Negeri. Pada tahun 1984, ia dipindahkan ke Kompleks Taman Seni Budaya di Jalan Sungai Ujong.



Jika anda mahu mengetahui secara umum mengenai sejarah dan adat perpatih di Negeri Sembilan, muzium ini sesuai dikunjungi kerana ia menceritakan segala-galanya sesuai dengan reka bentuknya yang diinspirasikan oleh Rumah Gadang Minangkabau. Muzium ini dibahagikan kepada 3 komponen iaitu Teratak Perpatih, Istana Ampang Tinggi dan Rumah Contoh Negeri Sembilan. Teratak Perpatih adalah ruang yang memberikankan anda garis masa dari bermulanya kewujudan Negeri Sembilan itu sendiri yang diletakkan di bawah naungan kerjaan Melayu Melaka sehingga ke zaman moden sekarang. Segala peralatan adat dan busana tradisional Minangkabau juga terdapat di sini.

 

Di pinggir bangunan utama muzium ini terletaknya dua binaan iaitu Istana Ampang Tinggi dan Rumah Contoh Negeri Sembilan. Menurut catatan, Rumah Negeri Sembilan ini adalah kepunyaan seseorang yang bernama Tengku Saiyed Ismail bin Tengku Saiyed Abdul Rahman, Dato’ Kelana Sungai Ujong. Rumah ini asalnya terletak di Kg. Anak Air Gram, Mambau sebelum dipindahkan ke Seremban.



Jika ke sini jangan lupa abadikan gambar kenangan ketika berada di Istana Ampang Tinggi dan Rumah Contoh Negeri Sembilan

3. Galeri Diraja Tuanku Ja'afar



Galeri Diraja Tuanku Ja'afar terletak hanya 5 minit perjalanan dari Royale Chulan Seremban. Galeri Diraja Tuanku Ja'afar adalah sebuah muzium yang dibangunkan untuk menghidupkan kenangan DYMM Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman iaitu Yang DiPertuan Agong Ke-10.

 
5 TEMPAT MENARIK YANG ANDA BOLEH LAWATI JIKA MENGINAP DI ROYALE CHULAN SEREMBAN

Majlis pra pelancaran yang menandakan pembukaan fasa pertama galeri ini telah diadakan pada 4 Disember 2014 oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah bt Tunku Besar Burhanuddin. Di galeri ini juga dipertontonkan replika singgahsana sama seperti yang berada di istana.

 

Pameran yang disediakan adalah berkonsepkan perjalanan biografi kehidupan baginda.Pengunjung akan dapat menghayati sejarah pemerintahan baginda dan mengambil ikhtibar daripada pengalaman tersebut. Ruang pameran akan diperbaharui setiap tahun untuk memberi kelainan dan tarikan baru kepada pengunjung.

 

 Kemudahan Ruang :

 

  • 8 buah ruang pameran utama
  • 1 buah ruang pameran sementara
  • Dewan Seri Jannah (500 orang
  • Dewan Seri Serting (1000 orang)
  • Pusat Sumber.

 

Lain - Lain Perkhidmatan :

 

 Pakej Sewaan Dewan & Katering.


4. Then Tze Khoon Centipede Temple

 

Jika melancong ke luar negara terutam jika anda ke China, Jepun, Korea atau Bangkok seringkali kita akan dibawa untuk melawat ke temple-temple. 


Di Seremban, terdapat sebuah temple yang sering dikunjungi oleh pelancong dari seluruh dunia iaitu Then Tze Khoon Centipede Temple.


Kuil Lipan atau Centipede Temple merupakan tarikan terkenal di Seremban kerana terdapat patung batu lipan yang besar di kuil tersebut. Legenda mengatakan bahawa mencari lipan di sini dipercayai membawa tuah dan kemakmuran. Kuil itu sendiri berusia 140 tahun dan mempunyai 176 anak tangga untuk sampai ke puncak Bukit Jong, di mana bukit itu terletak.

 


Terdapat juga patung Yue Lao, atau dikenali sebagai patung Dewa Perkahwinan di mana pasangan (bukan muslim) datang untuk menyambung loket dengan tali merah dengan keinginan untuk bersatu lama bersama.


5. Masjid Sri Sendayan


Alang-alang dah sampai ke Seremban, lajakkan sikit perjalanan anda ke Sendayan yang perjalanannya mengambil masa kurang dari setengah jam dari Royale Chulan Seremban. 


Masjid Sri Sendayan merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Masjid ini merupakan salah sebuah masjid tercantik di Malaysia dan selalu menerima lawatan pengunjung luar serta pelancong. Mula dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019, masjid ini mampu menampung sehingga 5000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini telah diwakafkan oleh tokoh perbankan, Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain dan telah menelan belanja kira-kira RM100 juta.

 


Masjid Sri Sendayan terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dan mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua (800 jemaah) dan dewan solat wanita (800 jemaah). Masjid ini turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.

 

Kebanyakan seni bina dalaman masjid ini ditempah khas termasuk ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar. Bahagian dalaman kubah utama dihiasi dengan cat emas 24k. Seni dalaman masjid ini menggabungkan elemen dari Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.

 

Masjid ini mempunyai sebuah kubah utama dan tiga kubah kecil di bahagian laluan hadapan. Selain itu terdapat juga 2 menara di bahagian hadapan masjid.


Tempohari aku ke Masjid Sri Sendayan ketika waktu senja. Jadi aku dapat menikmati pemandangan masjid indah ini ketika senja dan ketika waktu malam. Jadi jika anda ke sini jangan lupa abadikan kenangan anda dengan gambar-gambar yang menarik untuk dijadikan 'buahtangan' ketika berkunjung ke sini.


Jadi kesimpulannya jika anda berhajat untuk bercuti atau berjalan-jalan dihujung minggu bersama keluarga, Royale Chulan Seremban adalah tempat penginapan yang paling sesuai untuk anda. Bukan sahaja menyediakan bilik yang selesa, makanan yang enak, malah merupakan hotel yang terletak di laluan strategik untuk anda terokai tempat-tempat menarik sekitar Seremban.

Jika  anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Hotel Royale Chulan Seremban, bolehlah menghubungi mereka di ;

Alamat : Royale Chulan Seremban
Jalan Dato A.S Dawood, 70100,
Seremban, Negeri Sembilan

Post a Comment

0 Comments