PORT MAKAN SEDAP DAN VIRAL DI PERAK

Sepanjang 7 hari 6 malam trip aku ke Perak tempohari banyak juga port makan sedap dan viral yang sempat aku singgah. 

Jadi di dalam entry kali ini suka untuk aku kongsikan port makan sedap dan viral di Perak yang anda boleh terjah jika ke sini.


Port Makan Sedap dan Viral di Perak


1. Soho Lekoi


Terletak di Kuala Kangsar, Soho Lekoi adalah antara restoran makanan halal yang kini semakin mendapat sambutan. 


Menghidangkan menu masakan tempatan dan barat, Soho Lekoi juga menghidangkan menu masakan ala cina.

Waktu operasi adalah dari Isnin hingga Sabtu (Ahad tutup) bermula 12 tengahari hingga 12 tengah malam.



2. Rumah Makan Rendang Tok Yoep


Antara tempat makan yang viral dan sedap terkini yang ada di Perak sekarang adalah Rumah Makan Rendang Tok Yoep. Uniknya tentang Rumah Makan Rendang Tok Yoep adalah kerana rumah makan ini menggunakan rumah lama sebagai tempat makan.


Menghidangkan pelbagai menu masakan melayu seperti nasi himpit kuah kacang, lempeng, laksa dan banyak lagi. Namun begitu di sini sudah pastilah yang paling digemari adalah Rendang Tok dan lemang.


Harga yang ditawarkan pula sangat-sangat berpatutan dan makanan yang disediakan juga sangat enak (menurut tekak aku). Jadi jika anda berkesempatan bercuti ke negeri Perak, ambillah sedikit masa untuk mencuba makanan yang enak di Rumah Makan Rendang Tok Yoep.

Oh ye! Jika naik ke tingkat atas anda pastinya mengimbau kenangan seolah-olah pulang ke rumah nenek kerana diruangan atas terdapat ruang tamu yang dilengkapi dengan set kerusi kayu seperti zaman dulu-dulu. Jangan lepaskan peluang untuk abadikan gambar kenangan di sini.


Alamat : 134, Jalan Taiping, Kampung Raja Chulan, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Waktu Operasi : Isnin-Ahad 8 pagi - 4 petang
                           Rabu (TUTUP)


3. Artisan Restaurant Ipoh


Restoran masakan cina ini agak terkenal dengan dekorasi kedai yang menarik. Melangkah masuk ke Artisan Restaurant Ipoh terasa seperti berada di Beijing kerana dekorasinya yang mewah dan melambangkan budaya masyarakat Cina.

PORT MAKAN SEDAP DAN VIRAL DI PERAK

Masakan di sini juga enak dengan pelbagai aneka pilihan mengikut selera anda. Bagi mereka yang gemarkan menu masakan cina, Artisant Restaurant Ipoh adalah tempat yang sesuai untuk anda.

PORT MAKAN SEDAP DAN VIRAL DI PERAK

 Alamat : 2-15, Jalan Kamaruddin Isa, Taman Fair Park, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi : Isnin-Ahad 12 tengahari - 10 malam
                           Rabu (TUTUP)


4. Ah Mat Kafe Ipoh


Ah Mat Kafe Ipoh menggabungkan konsep kopitiam tradisional dan memorabilia. Dimiliki oleh  Nor Sara Mohamad, 32, anak kedua Pengarah Filem terkemuka Malaysia iaitu Allahyarham Mamat Khalid.

PORT MAKAN SEDAP DAN VIRAL DI PERAK


Berkesempatan mencuba menu di sini pada trip ke Ipoh tempohari, aku menyukai sajian menu yang ada di sini kerana rasanya yang enak dan dijual pada harga yang berpatutan. harga untuk semangkuk Lontong Kuah Lodeh dijual pada harga hanya RM8.50 dengan portion makanan yang banyak. Tempohari aku mencuba Lontong darat dengan sambal tumis sotong, memang sedap pada tekak aku.

PORT MAKAN SEDAP DAN VIRAL DI PERAK
Alamat : 20, Jalan Che Tak, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak

Waktu Operasi : Ahad - Sabtu 8.30 pagi - 7 malam
                          Isnin (TUTUP)


5.  Lepak Kampung Talang


Lepak Kampung Talang adalah port makan yang menjual pelbagai jenis masakan. Lepak Kampung Talang berkonsepkan warung dan terdapat pelbagai gerai makanan termasuk masakan panas dan masakan barat.

PORT MAKAN SEDAP DAN VIRAL DI PERAK

Suasana Lepak Kampung Talang memang sangat sesuai untuk dijadikan port lepak dan makan-makan bersama keluarga dan juga rakan-rakan

PORT MAKAN SEDAP DAN VIRAL DI PERAK


Alamat : 23, Jalan Taiping, Jalan Kampung Talang Hilir, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Waktu Operasi : Dibuka Setiap Hari 6 petang - 12 tengah malam


6. Castella Cafe


Oleh kerana tempohari kami ke Royal Belum, jadi ketika perjalanan pulang kami singgah menjamu selera di Castella Cafe. 

Terletak di Gerik, Castella Cafe terkenal kerana pengunjung boleh makan di dalam air. Kerusi dan meja diletakkan di dalam sungai dan pengunjung boleh menikmati makanan sambil merasai kesejukan air sungai yang mengalir

PORT MAKAN SEDAP DAN VIRAL DI PERAK

Makanannya juga agak unik kerana lauk pauk dihidangkan di dalam buluh. Bagi mereka yang gemarkan masakan kampung dengan ulam-ulaman, Castella cafe adalah tempat yang sesuai untuk anda.

PORT MAKAN SEDAP DAN VIRAL DI PERAK

Alamat : 
Kampung padang stang, 33310 Gerik, Perak

Waktu Operasi : Dibuka Setiap Hari bermula 11 pagi hingga 5 petang

@bebelancikmin Kalo tanya aku kat mana tempat makan sedap kat Perak, ini adalah antara tempat makan yang sempat aku cuba sepanjang trip aku ke Perak. Makanan yang aku cuba ni memang sedap belaka terutama bagi hidangan tradisi macam rendang tok dan masakan kampung. Moh la deme kita ke Perak! #TravelPerakLah #VisitPerakYear2024 #PromisingPerak #Perak #VPY2024 #TourismPerak #GayaTravel #AksesMalaysia #CutiCutiMalaysia #bebelancikmin #bebelancikmintravel #bebelancikminfoodhunter #tempatmakanviral #tempatmakanviralperak #tempatmakansedap #makanlokal #myjejakrasa ♬ Instrumen Melayu - Andijul maruf

Post a Comment

1 Comments

  1. kita tak pernah smp lagi tempat makan ni.. sbb kalau balik ipoh, pergi kedai yg sama.. hehehe

    ReplyDelete