Semalam aku berkesempatan untuk menghadiri sidang media pelancaran lagu di Grand Barakah Hotel, Ampang.
Sidang media ini adalah untuk pelancaran lagu-lagu yang bakal disiarkan dari Bobb Ghazali, producer dari Guzzbuzz Productions bersama artis-artis dari Malaysia dan Singapura. Artis-artis seperti Azan Scan (MY), Akid Aly (MY), General Ling (SG), Z-loco (SG) dan Ize Suliman (SG). Bukan sahaja lagu-lagu Bahasa Melayu, malahan ada juga lagu yang berbahasa Mandarin/Hokkien dan juga berbahasa Inggeris.
Tahniah buat Guzzbuzz diatas pelancaran lagu-lagu dari artis-artis ini termasuk dari artis otai Azan Scan. Semalam aku meyaksikan sendiri nyayian mereka secara live dan memang meremang bulu roma bila Azan Scan mendendangkan lagu terbaru beliau. ternyata otai masih berbisa!
Berikut adalah senarai artis di bawah naungan Guzzbuzz
1. Z-Loco
Sejak tahun 2003, Z-Loco telah membina niche unik dalam
dunia muzik sebagai artis freestyle, rapper, dan beatboxer. Berasal daripada
budaya hip-hop tahun 2000-an, dia mendapatkan inspirasi daripada tokoh-tokoh
legenda seperti Tupac Shakur, Eminem, dan The Notorious B.I.G., serta ikon
reggae Johnny Osbourne. Perjalanan Z-Loco dalam freestyling bermula dalam
tahun-tahun awalnya, di mana dia cepat dikenali kerana keupayaannya untuk
menghasilkan lirik-lirik secara spontan, memikat penonton dengan kemahiran improvisasinya
2. General Ling
3. Akid Aly
Muhammad Akid Fahmi atau dikenali sebagai Akid Aly lahir
pada (12 March 1999) 24 tahun adalah seorang penyanyi,penulis lirik,model yang
berasal dari Jerantut,Pahang.Beliau amat meminati lagu bergenre pop balada,jazz
& hip hop.Pada tahun 2023 beliau telah bernaung dibawah satu label iaitu
GuzzBuzzProduction dari Singapura.
4. Ize Suliman
Muhammad Idris Suliman atau dikenali sebagai Ize lahir pada 21 May 1984 (39 tahun) adalah seorang penyanyi, penulis lirik, pelakon yang berasal dari Singapura.
Ize Suliman amat meminati lagu bergenre pop dan balada
5. Azan Scan
Penyanyi yang satu ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana beliau adalah penyanyi lama yang masih bertahan sehingga kini. Noor Hazan Bin Rashid atau lebih dikenali sebagai Azan Scan, (lahir 2 March 1972) ialah seorang penyanyi, pencipta lagu, composer dan pelakon di Malaysia. Beliau memulakan kerjaya bersama kumpulan Scan sebagai vokalis sehingga ke hari ini Antara lagu-lagu terkenal beliau ialah “Kau dipaksa aku terpaksa", “Disana Mawar Disini Penawar", “Sanggupkah Kau Bersabar Sayang", “Tak Sangka Kau Berdusta" dan “Menagapa Sukar Untuk Setia". Azan Rashid juga ialah pengasas dan pemilik syarikat Azan Scan Production yang turut berkhidmat sebagai pasukan pengurusannya.
Azan Rashid juga menyertai Gegar Vaganza musim ke 8 dan
dapat menduduki tangga ke 5 di peringkatt akhir. Perserta Gegar Vaganza seperti
Aliff Aziz, Nikki Palikat, Suki Low, Arwah Adibah Noor , Aweera dan lain – lain
lagi. Kini, Azan kembali aktif didalam industri musik bersama single baru
bersama Kumpulan Scan dan juga secara solo.
Di dalam sidang media tersebut turut dipersembahkan lagu-lagu nyanyian artis di atas ;
1. You Don't Know Me - Z-Loco
2. Forget It - General Ling
3. Ada Apa Hal - Akid Aly
4. Bulan Menjadi Saksiku - Ize Sulaiman
Manakala Azan mendendangkan 2 buah lagu iaitu Kasih dan Selamat Hari Ulang Tahun.
2 Comments
Wahhh... Tahniah kepada GuzzBuzz Production atas perkenalkan artis-artis Malaysia dan Singapura pada semua. Especially artis legend Azan Scan tu
ReplyDeleteSalam Saya. Joe Dari Guzz Buzz megucap kan terimakasih
ReplyDelete