Menyelusuri Shah Alam: Penuh Kenangan dari Sarapan Hingga Hujung Hari

Pada artikel yang lepas aku dah berkongsikan tentang tempat-tempat makan dan tempat-tempat menarik sekitar Shah Alam. Oleh kerana trip aku tempohari selama 3 hari 2 malam jadi dikesempatan ini aku akan kongsikan perjalanan kami seterusnya di Shah Alam


Sarapan di Lontong Klang@Seksyen 7 Shah Alam

Dimulakan dengan sarapan di Lontong Klang, Seksyen 7 Shah Alam, menyediakan pelbagai hidangan tradisional seperti nasi lemak dan lontong. Namun begitu, sinonim dengan nama kedai iaitu Lontong Klang jadi di sini hidangan yang paling istimewa pastilah lontong dengan pelbagai jenis lauk seperti lontong sotong, lontong paru, lontong bergedil dan banyak lagi.

Menyelusuri Shah Alam: Penuh Kenangan dari Sarapan Hingga Hujung Hari
Gambar kredit : Hafiz Rahimm


Laman Seni 7, Seksyen 7 Shah Alam

Meneruskan perjalanan ke Laman Seni 7, tempat di mana seni tempatan berkembang dengan penuh kreativiti dan ekspresi. Di sini terdapat banyak lakaran-lakaran seni yang dilukis pada dinding-ding bangunan yang menjadikan Laman Seni 7 ini antara tarikan pelancong di Shah Alam

Menyelusuri Shah Alam: Penuh Kenangan dari Sarapan Hingga Hujung Hari
Gambar kredit : Hafiz Rahimm



Taman Botani Negara: Persembahan Keindahan Alam Semula Jadi

Siapa kata di tengah bandaraya Shah Alam tiada padi? Jika anda ingin menyaksikan jelapang padi di depan mata, apa kata anda berkunjung ke Taman Botani Negara. Di sini terdapat pelbagai jenis tarikan selain padi antaraya petting zoo, dusun buah-buahan dan juga ladang herba.

Menyelusuri Shah Alam: Penuh Kenangan dari Sarapan Hingga Hujung Hari
Gambar kredit : Hafiz Rahimm

Menyelusuri Shah Alam: Penuh Kenangan dari Sarapan Hingga Hujung Hari
Gambar kredit : Hafiz Rahimm



Kompleks Seni Islam: Kecantikan Seni Berlandaskan Nilai-nilai Islam

Di Kompleks Seni Islam, kita dapat menemui warisan seni Islam yang mempesonakan melalui pameran dan galeri seni. Selain itu di sini juga sebenarnya adalah tempat di mana Al-Quran dihasilkan.

Menyelusuri Shah Alam: Penuh Kenangan dari Sarapan Hingga Hujung Hari
Gambar kredit : Hafiz Rahimm



Makan Tengah Hari di Restoran Hot Pindang

Jika ke Shah Alam pastikan anda singgah walaupun sekali ke Restoran Hot Pindang yang terletak di Seksyen 10, Shah Alam. Terdapat banyak menu lazat yang dihidangkan di sini tetapi yang paling viral adalah donutnya.

Jadi jika anda ke Hot Pindang pastikan juga anda mencuba donut yang dijual di sini dan yang paling aku suka ada;ah donut red velvet susu.

Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13 Shah Alam

Tak salah sekali sekala dalam percutian kita singgah ke perpustakaan. Perpustakaan Raja Tun Uda adalah antara perpustakaan kegemaran aku sejak dahulu. Jika anda pembaca tegar blog aku pasti anda pernah membaca artikel bertajuk Natrah. Buat pengetahuan, ketika menghasilkan artikel tersebut aku menghabiskan masa sebulan di perpustakaan ini.

Menyelusuri Shah Alam: Penuh Kenangan dari Sarapan Hingga Hujung Hari
Gambar kredit : Hafiz Rahimm



Tour Water Boat Antan Batura

Pengembaraan dilanjutkan dengan Tour Water Boat Antan Batura, memperkenalkan pemandangan menarik dan keunikan alam. Di sini kami menghabiskan masa dengan menaiki boat menyelusuri tasik Shah Alam sambil menikmati pemandangan Bandaraya Shah Alam.

Menyelusuri Shah Alam: Penuh Kenangan dari Sarapan Hingga Hujung Hari
Gambar kredit : Hafiz Rahimm



Lawatan sekitar Taman Warisan Melayu: Menghayati Warisan Budaya

Taman Warisan Melayu menjadi destinasi seterusnya, di mana tradisi dan warisan budaya Melayu dihidupkan semula melalui pelbagai pameran dan aktiviti.

Makan Malam di Restoran Westplate Factory: Santapan Lazat di Senja Hari

Makan malam kami di Restoran Westplate Factory yang menyediakan hidangan yang lazat dalam suasana yang bersantai. Menu yang dihidangkan disini adalah menu masakan Barat. Dapatkan malkumat lanjut mengenai menu di sini melalui video yang aku sediakan di platform sosial media MyJejakRasa
@myjejakrasa Mencari western food sedap di Shah Alam? Apa kata terjah ke Westplate Factory yang terletak di Seksyen 23 Shah Alam. Makanan kat sini memang sedap puas hati + kalo dtg dlm group memang sangat berbaloi. Portion banyak boleh makan sampai pengsan! 📍 Westplate Factory, 100, Jalan Pelabur A23/A, Seksyen 23, Shah Alam, Selangor #WeLoveShahAlam #DiscoverShahAlam #PusingSelangorDulu #CutiCutiMalaysia #JomLepakShahAlam #MBSA #AksesMalaysia #PMNS #GayaTravel #KitaSelangor #myjejakrasa #hello2024 ♬ You're My Heart, You're My Soul (So80's Edit) - Modern Talking

Menyelusuri Shah Alam: Penuh Kenangan dari Sarapan Hingga Hujung Hari
Gambar kredit : Hafiz Rahimm



Lepak di i-City Park: Menikmati Keindahan Cahaya dan Lanskap

Hari berakhir dengan bersantai di i-City Park, menikmati keindahan lampu-lampu berwarna yang memukau. Tidak sah sekiranya datang ke Shah lam tanpa menjejakkan kaki ke i-City, Dari dahulu Shah Alam sememangnya terkenal dengan keindahan pancaran cahaya di i-City.

Di sini anda boleh berjalan-jalan sambil mengabadikan gambar kenangan atau bermain permainan yang disediakan.

Menyelusuri Shah Alam: Penuh Kenangan dari Sarapan Hingga Hujung Hari
Gambar kredit : Hafiz Rahimm



Supper di Tapak: Berbual Santai di Hujung Hari

Sebagai penutup, nikmati supper di Tapak untuk sesi berbual santai di hujung hari.

Menyelusuri Shah Alam: Penuh Kenangan dari Sarapan Hingga Hujung Hari
Gambar kredit : Hafiz Rahimm



Dengan menyatukan tempat menarik dari kedua hari, Shah Alam muncul sebagai destinasi pelancongan yang memikat hati melalui keindahan seni, alam semula jadi, dan kepelbagaian budaya. Moga artikel ini mengilhami anda untuk menjelajahi dan merasai pesona bandaraya yang memukau ini.


Post a Comment

0 Comments