Pada 2 Januari 2024, Malaysia memasuki era baru dengan pelancaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU). PADU, singkatan untuk Pangkalan Data Utama, menandakan langkah penting ke arah digitalisasi dan analitik yang lebih tepat dalam menguruskan maklumat rakyat negara.
Apa Itu PADU?
PADU adalah satu pangkalan data nasional yang menyimpan
profil individu dan isi rumah, merangkumi warganegara dan pemastautin tetap di
Malaysia. Ia menyediakan satu platform selamat dan komprehensif untuk
mengumpulkan maklumat dari pelbagai sumber pentadbiran.
Bermula dari 2 Januari 2024, semua rakyat Malaysia yang berumur
18 tahun ke atas digalakkan untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat mereka
dalam PADU. Tujuan utama sistem ini adalah memastikan keselamatan dan ketepatan
analitik dalam menyokong pelbagai inisiatif kerajaan.
Kenapa Anda Perlu Mendaftar PADU?
1. Bantuan dan Subsidi Bersepadu: Mendaftar PADU memastikan
rakyat yang layak mendapat manfaat dari bantuan dan subsidi tidak terlepas
daripada sokongan yang sepatutnya.
2. Pengemaskinian Maklumat Secara Berkala: Anda boleh mengemaskini maklumat anda pada bila-bila masa untuk memastikan rekod terkini, seperti alamat, maklumat pekerjaan, dan pendapatan.
3. Optimisasi Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan: PADU bertujuan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan penggunaan data yang tepat.
Objektif dan Kelebihan PADU
1. Pangkalan Data Selamat dan Komprehensif: PADU bertujuan menjadi pangkalan data negara yang selamat dan komprehensif, menyokong digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.
2. Dasar dan Keputusan Berpacukan Data: Menyediakan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data untuk mendukung pelaksanaan dasar secara berkesan.
3. Kesejahteraan Ekonomi dan Rakyat: Memperkasa sistem sosial dengan meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan rakyat, sekaligus merapatkan jurang sosioekonomi.
4. Mengimbangi Kedudukan Fiskal: Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar untuk mengimbangi kedudukan fiskal dan mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
IDN vs. PADU
Walaupun seringkali disebut bersama, perlu diingatkan bahawa
PADU dan ID Digital Nasional (IDN) adalah dua entiti yang berbeza. IDN adalah
pengenalan diri secara digital untuk kemudahan urusan dalam talian, manakala
PADU adalah pangkalan data yang menyimpan maklumat individu.
Dengan pelancaran PADU, Malaysia mengambil langkah proaktif
untuk meningkatkan kecekapan dan ketepatan dalam pengurusan maklumat rakyat.
Mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam PADU adalah langkah penting untuk
memastikan setiap individu mendapat manfaat yang sepatutnya dari pelbagai
inisiatif bantuan dan perlindungan sosial. Untuk keterangan lanjut dan
pengemaskinian, sila layari Portal PADU.
0 Comments