Tenera Apartment Pilihan Tepat Percutian Keluarga

Pendahuluan


Hotel Tenera Bangi bukan la asing, aku pernah kongsikan pengalaman aku menginap di hotel ini sekitar bulan Disember yang lepas. Terletak di tempat strategik, tempat Hotel Tenera Bangi memberikan pengalaman menginap yang berbaloi.


Berbezanya kali ini aku bukan ingin berkongsi tentang hotel tetapi apartment yang terletak hanya bersebelahan bangunan Hotel Tenera Bangi.

Tenera Apartment Pilihan Tepat Percutian Keluarga


Jika anda merancang sebuah percutian bersama keluarga besar anda, apa kata anda memilih Tenera Apartment? Mempunyai kemudahan yang sama dengan hotel , cuma yang berbeza mungkin harga dan keluasan. Jenis apartment yang aku pilih adalah Apartment Double Bedroom King. 

Apartment jenis ini mempunyai 2 bilik dengan 1 bilik dilengkapi katil bersaiz king yang sesuai untuk ibu bapa dan 1 bilik lagi dilengkapi dengan 2 katil single. Setiap bilik turut dilengkapi dengan bilik air.

Berikut aku senaraikan kemudahan dan kelebihan memilih Tenera Apartment sebagai tempat percutian keluarga ;

1. Besar dan Selesa


Tenera Apartment berkeluasan, 78.3m², dengan ruang tamu dan dapur yang selesa. Berada di sini membuatkan  anda berasa seolah-olah berada di rumah sendiri


2. Bilik dengan Balkoni


Setiap unit yang luas dilengkapi ini turut dilengkapi dengan balkoni untuk menikmati pemandangan dan menghirup udara segar sambil menikmati secangkir kopi setiap pagi dan petang.


3. Dapur Praktikal


Setiap unit apartment juga disediakan dapur kecil dilengkapi alat dan dapur induksi untuk keselesaan memasak anda. Meja makan turut disediakan bagi memudahkan anda sekeluarga menikmati setiap hidangan bersama.


4. Kemudahan Lengkap


Kesemua unit adalah tempat larangan merokok. Sama seperti kemudahan yang ada di hotel, setiap unit apartment turut dilengkapi dengan pengering rambut, LCD TV, sterika dan papan sterika, sejadah, perkhidmatan bilik, dan lif untuk kemudahan akses.


5. Kolam Renang


Tidak hanya menyediakan kolam renang yang luas di bahagian hotel, di apartment juga disedikan sebuah kolam renang khas buat penghuni apartment. Kiranya, anda tidak perlu pergi ke hotel yang terletak berhadapan bangunan apartment semata-mata untuk berenang kerana di bangunan apartment turut disediakan sebuah kolam renang yang cukup luas buat penghuni.



Nikmati Homemade Dim Sum di Selasih Garden Restaurant


Jika anda ingin menikmati hidangan yang lazat ketika menginap di Tenera Apartment, anda boleh ke Selasih Garden Restaurant yang terletak bertentangan dengan lobi Hotel Tenera Bangi. Di sini mereka menghidangan pelbagai jenis dim sum buatan tangan yang dimasak fresh oleh barisan chef yang berkemahiran dalam hidangan istimewa bangsa Cina ini.


Paling istimewa ianya adalah halal! Buat pengetahuan, Hotel Tenera Bangi adalah sebuah hotel yang memegang sijil halal JAKIM jadi anda boleh menikmati setiap hidangan yang ada di sini tanpa sebarang keraguan.

Antara yang dihidangkan di sini ialah Chicken Siew Mai (RM12.00), BBQ Flat Noodle Roll (RM12.00), Mushroom Shimeji Dumpling (RM12.00), Siew Pak Choy Dumpling (RM15.00), Shrimp Flat Noodle Role (RM15.00) dan banyak lagi.


Namun begitu, jika anda mahukan penjimatan yang lebih apa kata anda memilih untuk menikmati set combo dim sum yang berharga cuma RM28.00 nett/pax atau RM48.00 nett/2 pax.



Makan Malam Di Saffron Brasserie

Puas menikmati dim sum di siang hari, pada malam harinya pula aku menikmati makan malam yang enak di Saffron Brasserie. Untuk hidangan di sini, di sediakan hidangan ala-carte. 

Jadi, anda boleh menikmati makan malam yang enak mengikut selera anda. terdapat pelbagai jenis menu yang dihidangan di sini termasuk menu tempatan seperti nasi goreng, mee bandung dan sebagainya. 


Bagi yang ingin mencuba menu masakan barat, di Saffron Brasserie ini turut disedikan menu masakan barat bagi memenuhi permintaan anda

Sarapan Pagi Di Selasih Garden Seafood Restaurant 


Untuk sarapan pagi pula kami bersarapan di Selasih Garden. Terdapat pelbagai pilihan menu sarapan yang anda boleh pilih di sini dan antara yang sempat aku makan adalah kueyteow goreng, capati, nasi lemak dan banyak lagi.


Sarapan disediakan bermula 7 pagi hingga 10 pagi namun aku nasihatkan agar pergi seawal sarapan bermula jika anda tidak mahu bersesak sebab di sini pada kebiasaannya memang dipenuhi oleh tetamu hotel, pendek kata hotel sentiasa penuh terutama dihujung minggu.

Hotel Tenera Bangi : Hotel Mewah Di Bandar Baru Bangi


Suasana di Selasih Garden Restaurant ni benar-benar memukau kerana ianya dihias dengan indah dengan suasana taman yang mempesona. 

Hotel Tenera Bangi : Hotel Mewah Di Bandar Baru Bangi


Dengan pelbagai pilihan restoran dan lokasi yang menarik, Hotel Tenera Bangi tidak hanya menawarkan penginapan yang selesa tetapi juga pengalaman gastronomi yang mengagumkan bagi para tetamu mereka. Disyorkan untuk membuat tempahan lebih awal untuk menikmati makanan yang lazat di tempat-tempat yang unik ini.


Nikmati Pengalaman Penginapan yang Luar Biasa di Hotel Tenera Bangi


Oleh kerana Tenera Apartment dan Hotel Tenera Bangi banyak berkongsi fasiliti yang sama, di sini aku huraikan sedikit segala kelengkapan yang ada di sini.

Di Hotel Tenera Bangi, setiap unit dilengkapi dengan kemudahan yang melebihi jangkaan, yang membezakan hotel dari pilihan lain. Hotel Tenera Bangi menawarkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan untuk memastikan penginapan tetamu berlangsung dengan lancar.

Fasiliti dan Perkhidmatan Hotel:

  • Pusat Perniagaan (Business Centre):

Beroperasi 24 jam, memastikan tetamu tidak ketinggalan apa pun yang penting. Perkhidmatan disesuaikan untuk keperluan korporat dan pelancong rekreasi, dengan perisian terkini untuk memudahkan urusan perniagaan anda.

  • Faksimili, Fotokopi, dan Percetakan:
Menyediakan semua yang tetamu perlukan untuk keperluan korporat dan peribadi anda dengan efisien.

  • Fasiliti Perkhidmatan Tetamu:
- Staf yang fasih dalam pelbagai bahasa
- Meja Khidmat Nasihat (Concierge)
- Peti Simpanan Keselamatan
- Penyimpanan Beg
- Penukaran Mata Wang
- Perkhidmatan Mengekil Kasut
- Perkhidmatan Dobi dan Pembersihan Kering 24 Jam

  • Perkhidmatan Pengangkutan:

- Pengangkutan ke Lapangan Terbang


  • Tempat Hiburan dan Rekreasi:
- 3 Kolam Renang, termasuk 1 untuk Muslimah
- Gimnasium dan Pusat Kecergasan


Ini antara yang paling menarik minat aku kerana di sini dibuat ruangan khas kolam renang hanya untuk wanita. Di ruangan ini hanya kaum wanita sahaja dibenarkan masuk

Hotel Tenera Bangi : Hotel Mewah Di Bandar Baru Bangi

Bagi yang berkeluarga, anda boleh berenang di kolam renang keluarga yang mempunyai kolam renang untuk dewasa dan kolam renang kanak-kanak.

Hotel Tenera Bangi : Hotel Mewah Di Bandar Baru Bangi

Kedua-dua kolam renang keluarga dan wanita ini beroperasi bermula 7.00 pagi hingga 7.00 malam.

Oh ya! Di Hotel Tenera Bangi ini mereka menyediakan ruangan parkir yang luas yang mencukupi untuk para tetamu. Aku difahamkan terdapat lebih 1,000 parkir yang disediakan di hotel ini.

Hotel Tenera Bangi : Hotel Mewah Di Bandar Baru Bangi


  • Keperluan Khas:
- Keselamatan 24 Jam
- 3 Musolla (Lelaki dan Wanita)

Apa yang lebih menarik, memahami keperluan bagi mereka yang merokok, ruangan khas perokok disediakan di luar bangunan hotel. Ini kali pertama aku menyaksikan terdapat sebuah pondok khas dibangunkan untuk perokok tegar melepaskan gian.

Hotel Tenera Bangi : Hotel Mewah Di Bandar Baru Bangi

Dengan kemudahan yang meluas dan perkhidmatan yang komprehensif, Hotel Tenera Bangi menjamin pengalaman penginapan  menjadi istimewa dan memuaskan.

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut anda boleh layari ;

Instagram : Hotel Tenera Bangi

Untuk lebih banyak lagi review hotel seluruh Malaysia, anda boleh ikuti telegaram https://t.me/hotelreviewbymin

Tenera Apartment Pilihan Tepat Percutian Keluarga
Gambar kenangan kami di Tenera Apartment. Gambar kredit https://gayahistyping.com/




Video | Tenera Apartment Review


Post a Comment

1 Comments

  1. Memang best di sini. Ada pilihan apartment pulak ya. Nak jugak lah check in sini. Semua lengkap.

    ReplyDelete