Bufet 25 Malam di Zai Sri Gemilang Meriahkan Ramadan dengan Citarasa Timur Tengah

Pengenalan

Shah Alam, 29 Februari 2024 – Menyambut kedatangan bulan Ramadan yang semakin hampir, Zai Sri Gemilang, sebuah syarikat katering terkemuka di Malaysia, kembali dengan tradisi pakej berbuka puasa ‘Bufet 25 Malam’. Acara ini akan berlangsung dari 14 Mac hingga 7 April di Urban Park Hall, Alam Impian, Shah Alam. Tema kali ini adalah Citarasa Timur Tengah, yang menjanjikan lebih dari 100 hidangan lazat.



Bufet 25 Malam di Zai Sri Gemilang Meriahkan Ramadan dengan Citarasa Timur Tengah

Bufet ini tidak hanya menawarkan hidangan lazat, tetapi juga menjanjikan pengalaman yang memuaskan dengan kehadiran empat penyanyi terkenal  iaitu Zamani, Ezad Lazim, Haziq Rosebi, dan In-Team. Dengan kapasiti hingga 1,000 orang sekaligus, pengunjung akan menikmati keselesaan fasiliti seperti kawasan parkir dan surau yang luas.

Hidangan utama termasuk Nasi Arab Kambing Sujud, Shawarma, Daging Tetel Gulai Kawah, Nasi Minyak, Kambing Bakar, dan pelbagai lagi. Gerai makanan disediakan dengan aneka pilihan, termasuk ulaman, sambal, murtabak, roti jala, dan pencuci mulut seperti kuih muih dan aiskrim.



Butiran Harga Lengkap

Zai Sri Gemilang menawarkan harga tempahan awal bermula dari RM98 

Manakala harga biasa untuk dewasa (Isnin-Jumaat) dan RM118 (Sabtu-Ahad) untuk orang dewasa, manakala pakej berbuka puasa persendirian dan korporat tersedia dengan harga serendah RM90 seorang untuk tempahan minima 400 orang ke atas (Isnin-Jumaat). Harga khas RM68 disediakan untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.



Ringkasan adalah seperti berikut ;

📍 Urban Park Hall Alam Impian, Shah Alam
💵 Dewasa (weekdays) : RM108
💵 Dewasa (weekend) : RM118
💵 Kanak-kanak & warga emas : RM68

Kesimpulan

Datin Hajah Zaiton Haji Abdul Rahman, Pengasas dan Pengarah Urusan Zai Sri Gemilang, menegaskan komitmen syarikat dalam menyediakan sajian berkualiti tinggi yang tidak boleh dikompromi. Dengan promosi bufet Ramadan tahun ini, mereka membawa suasana Timur Tengah ke dalam dewan dengan dekorasi yang menarik. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman berbuka puasa yang istimewa ini dengan harga awal yang menarik.


Untuk tempahan dan maklumat lanjut, layari laman web zaisrigemilang.com atau hubungi talian 019-228 4349/013-287 4349/012-316 1164/012-731 6929. Ikuti juga akaun rasmi media sosial Zai Sri Gemilang untuk mendapatkan maklumat terkini.

@bebelancikminfoodhunter Tiap tahun Zai Sri Gemilang punya hidangan bufet ramadan tak pernah mengecewakan. Tahun ni bertemakan 'Bufet 25 Malam' sekali lagi membawakan menu yang hebat-hebat antaranya Nasi Arab Kambing Sujud, Shawarma, Daging Tetel Gulai Kawah, Kambing Bakar dan banyak lagi. Details untuk bufet ramadan kali ini adalah seperti berikut ; 📍 Urban Park Hall Alam Impian, Shah Alam 💵 Dewasa (weekdays) : RM108 💵 Dewasa (weekend) : RM118 💵 Kanak-kanak & warga emas : RM68 Untuk tempahan sila layari laman web www.zaisrigemilang.com #bebelancikmin #bebelancikminfoodhunter #bufetramadan #buffetramadhan #bufetramadan2024 #bufetramadansedap #bufetramadanmurah #bufetramadanselangor #bufetramadankl ♬ Ramadan Ahlan Ahlan - Mohamed Tarek

Post a Comment

0 Comments