Filem Vina Sebelum 7 Hari diangkat Dari Kisah Benar

Filem Vina Sebelum 7 Hari diangkat Dari Kisah Benar


Tengah hangat sekarang tayangan filem Vina : Sebelum 7 Hari. Tapi tahukah anda bahawa filem ini telah diangkat dari sebuah kejadian benar yang telah berlaku pada tahun 2016? 


Kisah ini telah menjadi viral kerana keluarga Vina berjaya merakam suara yang dikatakan milik arwah Vina yang merasuk sahabat baiknya sendiri yang bernama Linda.

Ketika dirasuk, Linda telah memperincikan semua kejadian yang menimpa Vina daripada mula dikejar oleh pembunuh sehinggalah pembunuhan berlaku. Dan lebih aneh lagi apabila rakaman ini mendapat perhatian pihak polis, postmoterm telah dijalankan semula dan kesemua luka yang terdapat pada mangsa sejajar dengan cerita yang telah diberitahu oleh arwah Vina

Kisah Tragis Yang Menimpa Vina & Eki


Kisah pembunuhan Vina Dewi, seorang gadis berusia 16 tahun dari Cirebon, Indonesia, pada tahun 2016 merupakan salah satu kes jenayah yang sangat mengejutkan. 

Vina dan teman lelakinya, Rizky (Eki) , menjadi mangsa serangan brutal oleh sekumpulan anggota geng motor. Insiden ini bermula ketika Vina, Rizky, dan beberapa rakan mereka sedang mengendarai motosikal dan tiba-tiba dilempari batu oleh geng tersebut. Dalam usaha untuk melarikan diri, mereka dikejar oleh para pelaku yang kemudian berhasil mengepung dan menyerang mereka.

Rizky dipukul dan dianiaya sampai mati di lokasi kejadian, sementara Vina diperkosa secara bergilir oleh para pelaku sebelum dibunuh. Setelah membunuh kedua remaja ini, tubuh mereka dibuang di jalanan dengan tujuan agar kelihatan seperti kemalangan lalu lintas biasa 

Pihak polis berjaya menangkap 8 daripada 11 pelaku pada akhir Ogos 2016. Pelaku-pelaku yang ditangkap didakwa atas tuduhan pembunuhan berencana, penganiayaan, dan pemerkosaan. Mereka dijatuhi hukuman seumur hidup, sementara seorang pelaku yang masih di bawah umur dikenakan hukuman penjara selama 8 tahun . Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa pelaku yang belum ditangkap termasuk Egi iaitu si ketua pelaku  dan kes ini terus menjadi sorotan masyarakat hingga kini.


Pengajaran Dari Kisah Ini

Terdapat pelbagai versi dan sumber mengenai kejadian malang yang menimpa Vina ini namun daripada beberapa sumber tersebut bersepakat menyebut bahawa Vina yang berpacaran selama 6 bulan dengan Eki ketika itu telah diminati oleh seorang pemuda lain yang bernama Egi. 

Oleh kerana Vina sememangnya menyayangi Eki maka dia langsung tidak melayan Egi hingga pada satu tahap Vina meludahi Egi dan kerana kejadian diludah itulah Egi sangat berdendam dengan Vina. Tapi menurut aku sendiri, jika kelakuan Egi memang melampaui batas hingga tahap ingin mencabul jika aku ditempat Vina sendiri pasti akau akan lakukan perkara yang sama!

Dan menurut sumber juga, ketika kejadian malang menimpa Vina sebenarnya geng-geng motor Egi ini sebenarnya tengah mabuk. Ketika mereka tengah lepak minum itulah Vina dan Eki melalui kawasan tempat geng-geng motor itu mabuk lantas dikejari mereka hingga berlakulah kejadian kejam itu. Umur mereka ketika itu sangat muda sekitar belasan tahun hingga awal 20-an jadi bagaimana mereka boleh sebebas itu?

Jadi apa yang boleh aku simpulkan, ibu bapa silalah pantau anak-anak anda dan jangan memberi terlalu banyak kebebasan agar perkara yang telah terjadi ini tidak akan menimpa pada anak-anak kita. Sama ada anak kita menjadi mngsa atau anak kitalah yang bakal menjadi pemangsa. Sentiasa awasi pergerakan mereka dan ambil tahu segala aktiviti serta dengan siapa mereka bergaul

Post a Comment

1 Comments

  1. Allahuakbar, true story rupanya. Semoga pelaku yang belum berjaya di tangkap, dapat di berkas!! :(

    ReplyDelete