Filem Shaitaan, Filem Terbaik di Abad Ini
Jika anda peminat filem bergenre horror, Shaitaan adalah filem terbaik untuk anda! "Shaitaan" adalah filem seram berbahasa Hindi yang dikeluarkan pada tahun 2024. Diarahkan oleh Vikas Bahl dan dihasilkan oleh Devgn Films, Jio Studios, dan Panorama Studios, filem ini menampilkan Ajay Devgn, R. Madhavan, Jyothika, Janki Bodiwala, yang mengulangi peranan asalnya, dan Anngad Raaj.
Ceritanya berkisar tentang sebuah keluarga yang kehidupannya terganggu apabila anak perempuan sulung mereka dirasuk oleh sihir hitam yang dilakukan oleh seorang asing. Keluarga tersebut cuba menghentikan ilmu hitam tersebut dan mendedahkan motif si penjenayah.
Filem ini diumumkan secara rasmi pada Mei 2023, dengan
fotografi utama berlangsung antara Jun dan September 2023 di Dehradun, India,
dan London. Ia merupakan sebuah filem 'remake' Gujarati yang bertajuk "Vash" pada
tahun 2023. Skor muziknya disusun oleh Amit Trivedi, dengan Sudhakar Reddy
Yakkanti berperanan sebagai jurugambar dan Sandeep Francis mengedit filem
tersebut.
"Shaitaan" ditayangkan secara teatrikal pada 8 Mac
2024, bertepatan dengan Maha Shivaratri. Ia mencapai kutipan kasar sebanyak
₹211 crore berbanding belanjawan sebanyak ₹60–65 crore, menjadikannya filem
India keempat tertinggi kutipan kasar pada tahun 2024, filem Hindi kedua
tertinggi pada tahun 2024, dan filem seram India tertinggi kutipan kasar
sepanjang masa.
Sinopsis Filem Shaitaan
Filem ini berkisarkan tentang bagaimana sebuah keluarga yang harmoni berantakan dek kerana 'kesilapan berbuat baik kepada orang asing'. Semuanya bermula apabila Kabir Rishi, seorang akauntan bertauliah, dan isterinya Jyoti tinggal di Dehradun, Uttarakhand bersama anak-anak mereka Janhvi dan Dhruv merancang percutian keluarga ke rumah ladang mereka.
Ketika di dalam perjalanan, mereka singgah menjamu selera di sebuah kedai makan dan bertemu dengan Vanraj Kashyap yang baik hati membelanja keluarga ini dengan minuman. Oleh kerana Kabir Rishi terasa terhutang budi lantas dia mengundang Vanraj untuk duduk semeja dengan mereka sekeluarga. Dari situlah segalanya bermula..
Pertemuan dengan Vanraj tidak terhenti di kedai makan malah Vanraj mengekori keluarga ini hingga ke rumah ladang mereka dengan alasan untuk meminta bantuan. Rishi yang berhati mulia sedikit pun tidak mengesyaki niat jahat Vanraj dan membenarkan Vanraj masuk ke rumah mereka dan dari sinilah plot bermula.
Keadaan nampak normal pada mulanya namun semakin aneh apabila Janhvi mula menuruti semua perintah Vanraj tanpa bantahan walaupun perintah itu adalah sesuatu yang tidak masuk akal seperti memakan daun teh kering sehingga sebungkus besar banyaknya walaupun pada hakikat Janhvi langsung tidak menggemari bau teh semua ini adalah gara-gara Janhvi telah 'diguna-gunakan' oleh Vanraj menggunakan ilmu hitam melalui jampi yang telah dibaca pada manisan yang telah dimakan oleh Janhvi pemberian Vanraj ketika di kedai makan
Janhvi malah menari sehingga 1 jam tanpa henti, membuang air kecil di dalam seluar dan membuka seluarnya di hadapan Vanraj seperti yang diarahkan Vanraj dan turut bertindak ganas hingga sanggup membunuh adiknya seperti arahan Vanraj. Bagaimana kesudahan filem ini? Sebaiknya anda menonton sendiri filem yang tengah viral ini di Netflix.
Barisan Pelakon Filem Shaitaan ;
Ajay Devgn sebagai Kabir Rishi
R. Madhavan sebagai Vanaraj Kashyap
Jyothika sebagai Jyoti Rishi
Janki Bodiwala sebagai Jahnvi Rishi
Anngad Raaj sebagai Dhruv Rishi
Pendapat Peribadi Aku Mengenai Filem Shaitaan
Filem ini secara jujurnya adalah filem seram terbaik yang aku tonton pada abad ini kerana jalan ceritanya yang lain daripada yang lain serta garapan ceritanya yang kemas walaupun filem ini adalah filem remake dari filem Gujrati yang bertajuk "Vash".
Filem Shaitaan membuktikan bahawa filem seram tidak semestinya menonjolkan hantu yang merangkak atau terbang, malah filem ini tidak sedikitpun menonjolkan hantu tetapi filem ini tetap seram untuk ditonton. Tambahan pula dengan lakonan mantap Madhavan yang berjaya membuat penonton rasa sakit hati, geram dan marah.
2 Comments
nak tengok. tapi takut kak min HAHAH. nak nak pula sekrang , selalu dekat rumah sorang
ReplyDeleteGeram tengok citer ni. Hahaha. Tapi puas hati dengan ending dia >.<
ReplyDelete