Diskaun Sehingga 50% di Saudi Travel Fair Sempena Hari Kebangsaan malaysia Yang Ke-67

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66, apa kata kita raikan detik bersejarah ini dengan merancang percutian yang luar biasa? Peluang keemasan kini terbuka luas untuk anda menjelajah keindahan dan keunikan Arab Saudi melalui Pameran Pelancongan Saudi yang akan berlangsung di Pusat Beli-belah IOI Putrajaya. Jangan lepaskan peluang ini kerana banyak tawaran menarik menanti anda!


Diskaun Sehingga 50% di Saudi Travel Fair Sempena Hari Kebangsaan malaysia Yang Ke-67



Pameran Pelancongan Saudi di IOI Putrajaya


Bermula dari 28 Ogos hingga 1 September, Pameran Pelancongan Saudi ini memberikan peluang kepada pengunjung untuk menyelami kekayaan budaya, sejarah, dan keindahan alam Arab Saudi tanpa perlu meninggalkan Malaysia. Pameran ini menawarkan pelbagai pertunjukan maya, pameran interaktif, dan aktiviti kebudayaan yang akan membawa anda merasai suasana sebenar di Arab Saudi.


Antara yang paling menarik yang aku cuba di pameran interaktif adalah merasai sendiri pengalaman secara virtual berada di Kota Mekah dan Madinah. Bagi anda yang ingin merasai sendiri bagaimana masuk ke dalam kaabah atau melihat sendiri secara virtual makan Rasulullah anda wajib datang ke Pameran Pelancongan Saudi ini!


Diskaun Sehingga 50% di Saudi Travel Fair Sempena Hari Kebangsaan malaysia Yang Ke-67

Selain menikmati pameran yang penuh dengan informasi, anda juga berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti kebudayaan yang menyeronokkan. Antaranya, anda boleh belajar membuat Misbaha, sejenis tasbih tradisional, melawat stesen Zamzam, serta menyaksikan persembahan hebat daripada artis kebudayaan Arab Saudi. Setiap sudut pameran ini memberikan peluang untuk anda lebih mendalami dan memahami budaya dan sejarah Arab Saudi dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif.

@bebelancikmin Meriah jugak tengok pak arab pak arab ni menari kat Saudi Travel Fair td 😅 #bebelancikmin #saudi #sauditravelfair ♬ الصوت الأصلي - الصَمِت"𓁹


Diskaun Sehingga 50% di Saudi Travel Fair Sempena Hari Kebangsaan malaysia Yang Ke-67


Tawaran Eksklusif: 15 Pakej Pelancongan yang Wajib Direbut


Bukan itu sahaja, Pameran Pelancongan Saudi ini turut mempersembahkan 15 pakej pelancongan yang menarik, disediakan oleh 13 agensi pelancongan Umrah dan Ziarah terkemuka di Malaysia. Setiap pakej ini menawarkan tawaran eksklusif yang direka khas untuk memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada para pengunjung yang ingin meneroka keindahan Arab Saudi.


Promosi istimewa yang ditawarkan termasuk:


  • Ikhlas Com Travel Sdn Bhd (Ikhlas.com):  Memperkenalkan platform terbaru khusus untuk Pelancong Bebas (Free Independent Travelers-FITs) di mana anda boleh menyusun sendiri perjalanan anda. Nikmati diskaun istimewa sebanyak RM1,067 serta dapatkan mata ganjaran 1,067 AirAsia Big Points.
  • Saudia: Memberikan tawaran beli satu tiket, dapatkan potongan 50% untuk tiket kedua.
  • In Saff Travel : Peluang untuk memenangi kereta, motosikal atau emas melalui cabutan bertuah dengan setiap pembelian pakej.
  • Rayhar Travel : Menawarkan potongan RM500 untuk pakej kembara rohani dan ziarah ke lima bandar Arab Saudi - Jeddah, Mekah, Taif, Madinah, dan AlUla.
  • Apple Vacations : Memberikan diskaun RM1,000 untuk pelanggan awal dan tambahan RM500 untuk setiap pelanggan.
  • Tabung Haji Travel Services (THTS):  Menawarkan pemberian diskaun sehingga RM1,000.
  • Iman World:  Memberikan diskaun RM200 untuk pakej ke AlUla, Riyadh, dan Jeddah, termasuk pakej F1 Jeddah baharu serta cabutan bertuah.

Diskaun Sehingga 50% di Saudi Travel Fair Sempena Hari Kebangsaan malaysia Yang Ke-67

Dengan pelbagai tawaran eksklusif ini, anda pasti akan teruja untuk merancang percutian ke Arab Saudi. Sama ada untuk Umrah, ziarah, atau percutian mewah, pakej-pakej ini direka untuk memenuhi pelbagai keperluan dan kehendak pelancong.


Pelan Pembayaran Fleksibel: 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'


Bimbang tentang kos percutian? Jangan risau! Banyak agensi pelancongan yang menyertai pameran ini menawarkan pelan pembayaran fleksibel melalui konsep 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian'. Dengan pelan ini, anda boleh merancang dan menikmati percutian impian ke Arab Saudi tanpa perlu risau tentang beban kewangan yang berat. Anda boleh memilih untuk membuat bayaran secara ansuran mengikut keselesaan, menjadikan perjalanan yang diimpikan lebih mudah dicapai.


Diskaun Sehingga 50% di Saudi Travel Fair Sempena Hari Kebangsaan malaysia Yang Ke-67



Destinasi Impian di Arab Saudi: Pengalaman yang Menanti Anda


Jika anda tertanya-tanya apa yang menarik di Arab Saudi, biar saya kongsikan beberapa destinasi yang pasti akan membuatkan anda teruja.


  • Jeddah : Sebuah bandar yang menggabungkan elemen tradisional dan moden. Kunjungi Al-Balad, tapak warisan dunia UNESCO yang menyimpan sejarah yang kaya, atau nikmati suasana moden di Corniche yang meriah. Jangan lupa singgah ke AlSaedei Bakery yang terkenal dengan roti gandum penuh yang telah berusia 200 tahun.


  • AlUla : Sebuah destinasi yang kaya dengan sejarah dan keindahan semula jadi. AlUla menempatkan lebih 200,000 tahun tinggalan sejarah termasuk Tapak Warisan Dunia UNESCO dan Maraya, bangunan cermin terbesar di dunia. Anda juga boleh menikmati keindahan alam semula jadi di Elephant Rock dan merasai pengalaman mendebarkan dengan menyusuri gurun safari.

Diskaun Sehingga 50% di Saudi Travel Fair Sempena Hari Kebangsaan malaysia Yang Ke-67



  • Riyadh : Ibu negara Arab Saudi yang gemilang dengan kemewahan, hiburan, dan sukan. Di sini, anda boleh menikmati pemandangan indah dari Sky Bridge di Kingdom Centre yang terapung pada ketinggian 300 meter.



  • Khaybar : Destinasi yang padat dengan sejarah, terkenal dengan tapak arkeologi dan oasis yang subur. Khaybar adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang berminat dengan warisan dan sejarah Islam.


Penerbangan yang Mudah dan Selamat


Mengunjungi Arab Saudi kini lebih mudah dengan peningkatan kekerapan penerbangan dari Malaysia ke destinasi seperti Jeddah, Madinah, dan Taif. Selain itu, program eVisa yang meliputi 66 buah negara, termasuk Malaysia, memudahkan urusan visa bagi mereka yang ingin melancong ke Arab Saudi. Dengan pelbagai kemudahan ini, impian untuk melancong ke Arab Saudi kini semakin mudah dicapai.


Jadikan Impian Anda ke Arab Saudi Satu Realiti


Pameran Pelancongan Saudi di IOI Putrajaya menawarkan peluang yang luar biasa untuk anda merancang dan merealisasikan impian percutian ke Arab Saudi. Jangan lepaskan peluang ini! Kunjungi pameran ini dari 28 Ogos hingga 1 September dan rebut tawaran-tawaran hebat yang disediakan. Jadikan percutian ke Arab Saudi sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan dan sambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66 dengan cara yang istimewa!

Post a Comment

0 Comments