Eka Heights Perkenalkan Projek Perumah Baharu Moera Dan Ferra

Eka Heights: Mulakan Hidup Baru di Komuniti yang Makin Maju

Untuk artikel kali ini aku ingin membicarakan tentang Eka Heights, pembangunan terkini di Seremban West oleh Matrix Concepts Sdn Bhd. Di sini, kehidupan lebih daripada sekadar rumah ia adalah gabungan antara ketenangan, kemudahan moden, dan suasana komuniti yang ideal untuk setiap fasa kehidupan anda. Dengan keluasan 371.79 ekar, Eka Heights adalah tempat di mana anda boleh memulakan bab baru kehidupan dalam komuniti yang semakin berkembang pesat.


Eka Heights Perkenalkan Projek Perumah Baharu Moera Dan Ferra


Tentang Eka Heights

Bayangkan setiap pagi anda dikelilingi oleh alam semula jadi yang menghijau, sambil semua keperluan harian anda berada di depan mata. Dibina di atas tanah strategik di Seremban West, Eka Heights menjadi salah satu pembangunan utama dalam Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV)—projek mega yang berhasrat mengembangkan kawasan Greater Kuala Lumpur.

Di sini, konsep komuniti diberi keutamaan. Eka Heights menawarkan suasana yang tenang dan harmoni, menjadikannya tempat ideal untuk keluarga yang ingin membina kehidupan bersama, berkembang, dan mencipta kenangan indah.

 

Tentang Kejayaan Eka Heights

Pelancaran Precinct 3 dan Precinct 10 di Eka Heights adalah satu kejayaan besar, dengan rumah link satu dan dua tingkat yang habis dijual dalam masa singkat. Ini membuktikan permintaan tinggi untuk kediaman di kawasan ini, di mana keselesaan dan kemudahan dipadankan dengan lokasi yang strategik. Sambutan yang hebat ini juga mencerminkan kepercayaan pembeli terhadap pembangunan yang dibawa oleh Matrix Concepts.

 

Ciri-Ciri Utama: Komuniti Lengkap untuk Kehidupan Seharian

Eka Heights bukan sahaja menyediakan rumah, tetapi juga gaya hidup. Pembangunan ini direka khas untuk memenuhi keperluan setiap keluarga, dari kecil hingga besar, dengan kemudahan yang tersedia di depan pintu. Antara ciri-ciri utama Eka Heights adalah:

  • Kawasan Pembangunan Seluas 371.79 Ekar
    Setiap inci kawasan ini dirancang dengan teliti untuk memastikan pembangunan yang menyeluruh dari kediaman, komersial, hingga ruang hijau yang segar.
  • 3,620 Unit Kediaman dengan Pelbagai Susun Atur
    Pelbagai jenis rumah disediakan untuk memenuhi keperluan semuata k kira jika anda tinggal seorang diri, bersama pasangan, atau bersama keluarga besar.
  • 25 Unit Komersial untuk Kemudahan Harian
    Dengan unit komersial yang menawarkan perkhidmatan penting seperti kedai runcit, anda tak perlu pergi jauh untuk mendapatkan keperluan harian.
  • Taman Mageka Seluas 15.5 Ekar
    Sebuah taman komuniti yang luas dengan pelbagai aktiviti riadah, tempat bersosial, dan kawasan hijau untuk berehat dan bersantai.
  • Keselamatan Terjamin
    Dengan pagar keselamatan dan Pondok Rukun Tetangga yang ditempatkan secara strategik, keselamatan penduduk menjadi keutamaan di sini.

 

 

Lokasi Strategik dan Akses Mudah

Eka Heights terletak di lokasi yang sangat mudah diakses. Ia dikelilingi oleh kawasan kejiranan yang matang dan mempunyai hubungan terus ke lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan Laluan KLIA. Dengan kedudukan ini, penduduk dapat bergerak dengan mudah ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Kuala Lumpur, dan kawasan-kawasan lain di sekitarnya.

 

Ruang Hijau: Taman Mageka – Alam Semula Jadi di Pintu Rumah Anda

Taman Mageka yang seluas 15.5 ekar adalah tempat di mana penduduk Eka Heights dapat bersatu dengan alam semula jadi. Taman ini direka bukan sahaja untuk rekreasi, tetapi juga untuk menjadi pusat komuniti tempat di mana jiran dapat berjumpa dan mengeratkan hubungan.

Antara tarikan di Taman Mageka termasuk:

  • Tasik seluas 8 ekar yang sesuai untuk berjalan santai di waktu petang atau berkelah bersama keluarga.
  • Ruang permainan interaktif untuk kanak-kanak, termasuk buai gergasi, rumah pokok, dan gelongsor Arnab (rabbit sculpture slide) yang pasti menghiburkan.
  • Sundial Plaza yang merupakan tempat ideal untuk berjumpa dan bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan.
  • Kemudahan jogging dan berbasikal untuk penduduk yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Eka Heights Perkenalkan Projek Perumah Baharu Moera Dan Ferra


 

Rumah di Eka Heights Sesuai untuk Setiap Keperluan

Di Eka Heights, anda bukan sekadar mencari rumah tetapi anda mencari kediaman yang selaras dengan gaya hidup anda. Dua projek utama dalam kawasan ini, Ferra dan Meora, menawarkan pilihan kediaman yang memenuhi pelbagai cita rasa.

 

Ferra – Lambang Kehidupan Moden

Ferra menampilkan rumah yang luas dan moden, sesuai untuk mereka yang mengutamakan ruang dan gaya hidup kontemporari. Dengan saiz 20' x 70' dan keluasan 2,142 kaki persegi, rumah ini menawarkan 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi, direka khas untuk keluarga yang mahukan keselesaan dan ruang.

Ciri utama Ferra termasuk:

  • Rumah Yang Boleh Disesuaikan
    Anda boleh menyesuaikan susun atur dalaman rumah mengikut keperluan dan citarasa keluarga.
  • Reka Bentuk Ruang yang Luas & Berfungsi
    Reka bentuk yang terbuka memberi lebih banyak ruang untuk bernafas dan cahaya semula jadi yang menyinari setiap sudut rumah.
  • Sistem Rumah Pintar
    Sistem rumah pintar yang meningkatkan keselesaan dan kemudahan untuk kehidupan harian.
  • Keahlian Clubhouse
    Akses eksklusif kepada kemudahan kelab yang premium untuk aktiviti sosial dan riadah.

 

Eka Heights Perkenalkan Projek Perumah Baharu Moera Dan Ferra

Eka Heights Perkenalkan Projek Perumah Baharu Moera Dan Ferra


Meora – Di Mana Kehidupan Moden Bersatu dengan Keindahan Alam

Meora pula sesuai untuk mereka yang mahukan lebih banyak ruang dan privasi. Dengan saiz 22' x 70' dan keluasan 2,245 kaki persegi, rumah ini dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik mandi, menjadikannya ideal untuk keluarga yang memerlukan ruang yang lebih besar.

Ciri utama Meora termasuk:

  • Pegangan Bebas (Freehold)
    Memberikan jaminan pemilikan tanah secara kekal, sesuai untuk mereka yang mahu kestabilan jangka panjang.
  • Reka Bentuk Ruang yang Luas & Berfungsi
    Reka bentuk dalaman yang praktikal dan luas, memberikan keselesaan maksimum untuk setiap ahli keluarga.
  • Sistem Rumah Pintar
    Sama seperti Ferra, Meora juga dilengkapi dengan sistem rumah pintar untuk kemudahan teknologi.
  • Kemudahan Komuniti Eksklusif
    Penghuni Meora juga akan menikmati pelbagai kemudahan komuniti eksklusif yang tersedia untuk keselesaan hidup harian.


Eka Heights Perkenalkan Projek Perumah Baharu Moera Dan Ferra

Eka Heights Perkenalkan Projek Perumah Baharu Moera Dan Ferra


Penutup

Eka Heights menawarkan kehidupan yang seimbang antara kemodenan dan alam semula jadi. Dengan pilihan rumah yang pelbagai, sama ada anda tertarik dengan Ferra yang kontemporari atau Meora yang lebih luas dan eksklusif, di sini anda pasti akan menemui kediaman yang sesuai untuk gaya hidup anda.

Untuk maklumat lanjut, atau jika anda berminat untuk melihat sendiri rumah-rumah di Eka Heights, jangan ragu-ragu untuk menghubungi Matrix Concepts melalui pautan WhatsApp berikut: https://wa.link/ghtaxx. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti yang berkembang pesat ini!

 

Post a Comment

0 Comments